Sistem pengurusan kualiti ISO 9002 di dalam syarikat pembinaan implementasi dan permasalahan / Mohd. Naim Abdul Jabar

Abdul Jabar, Mohd. Naim (1999) Sistem pengurusan kualiti ISO 9002 di dalam syarikat pembinaan implementasi dan permasalahan / Mohd. Naim Abdul Jabar. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

Abstract

Standard Sistem kualiti ISO 9000 merupakan salah satu alat yang mengarah kepada kualiti yang mana tidak seperti program, praktis dan prosedur kualiti yang lain, ISO 9000 mempunyai skop dan kesan di peringkat antarabangsa. Ini mempengaruhi Malaysia untuk menerima ISO 9000 agar ia dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Kualiti di dalam industri binaan pula merupakan sesuatu yang telah menjadi isu hangat lebih-lebih lagi setelah berlakunya tragedi Highland Tower pada 11 Disember 1993. Harapan pemilik bangunan bagi mendapatkan sebuah bangunan yang mempunyai kualiti yang tinggi amat di harapkan. Sehubungan dengan itu berbagai peraturan dan akta telah dilaksanakan oleh kerajaan di samping penubuhan badanbadan berkaitan didalam industri ini. Bagaimanapun seperti yang sedia maklum, kualiti amat bergantung kepada mereka yang melaksanakan sesuatu kerja itu. Bagi industri binaan, syarikat pembinaan atau lebih dikenali sebagai kontarktor ialah mereka yang melaksanakan sesuatu kerja pembinaan itu. Kualiti binaan atau bangunan amat bergantung kepada mereka selain dari mereka yang terlibat secara langsung di dalam industri ini seperti pemaju, perunding dan pembekal bahan binaan.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Jabar, Mohd. Naim
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > Management of the construction site. Superintendence of building construction
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Sistem pengurusan kualiti ISO 9002; syarikat pembinaan implementasi
Date: 1999
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24192
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of TD_MOHD NAIM ABDUL JABAR AP 99_5.pdf] Text
TD_MOHD NAIM ABDUL JABAR AP 99_5.pdf

Download (129kB)

Fulltext

Fulltext is available at:
  • Library Terminal Workstation (Digital Format) - Accessible via UiTM Libraries

ID Number

24192

Indexing

|

Statistic

Statistic details