Laporan Cadangan Rekabentuk Dalaman Pusat Kreatif Seni Dan Kraf Kanak-kanak Da Vinci Di Lot 34, Jalan Robson, Robson Height, 50460 Kuala Lumpur / Nurhidayah Puteri Khairul Annuar

Khairul Annuar, Nurhidayah Puteri (2009) Laporan Cadangan Rekabentuk Dalaman Pusat Kreatif Seni Dan Kraf Kanak-kanak Da Vinci Di Lot 34, Jalan Robson, Robson Height, 50460 Kuala Lumpur / Nurhidayah Puteri Khairul Annuar. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Projek ini merupakan cadangan merekabentuk ruang dalaman Pusat Kreatif Seni Dan Kraf Kanak-kanak Da Vinci di Lot 34, Jalan Robson, Robson Height, 50460 Kuala Lumpur. Rekabentuk dalaman yang sesuai bakal mewujudkan suasana yang menyeronokkan dan kondusif bagi kanak-kanak yang mengikuti program seni dan kraf Da Vinci ini. Pemilihan projek ini adalah berdasarkan isu-isu yang diketengahkan oleh masyarakat Malaysia ketika ini yang begitu banyak mempengaruhi pertumbuhan dan pemikiran kreatif kanakkanak. Persekitaran yang mempunyai pelbagai ruang untuk berkreativiti mampu memberi kesan ke atas perkembangan kreatif kanakkanak. Selain gaya penjagaan ibu bapa, sifat kreatif, seni dan kraf dari aspek psikologi akan memberi kesan yang impak kepada minda dan tubuh kanak-kanak yang seterusnya memberi kesan positif dari aspek sosiologi antara personaliti dan masyarakat Pusat Kreatif Seni Dan Kraf sebegini mampu menyediakan kanak-kanak tersebut ke alam persekolahan yang sebenar dan mengasah potensi dan juga membina keyakinan kanak-kanak tersebut. Dekorasi dalaman menggalakkan lagi interaksi pelajar yang menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang selesa dan kondusif. Peragaan hasil kerja dapat membina keyakinan dan kepuasan pelajar daiam menghasilkan kerja seni. Saya percaya bahawa setiap kanak-kanak mempunyai potensi untuk menjadi sehebat yang mereka inginkan.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Khairul Annuar, Nurhidayah Puteri
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Conservation and restoration. Preservation and restoration of architectural monuments
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Cadangan Rekabentuk Dalaman; Pusat Kreatif Seni; Kraf Kanak-kanak Da Vinci
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24183
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_NURHIDAYAH PUTERI KHAIRUL ANNUAR AP 09_5.pdf] Text
PPd_NURHIDAYAH PUTERI KHAIRUL ANNUAR AP 09_5.pdf

Download (115kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

24183

Indexing

Statistic

Statistic details