Abstract
Cadangan Menaiktaraf ‘Caravan Park of Lembayung Sukma’ adalah dalam lapangan projek jenis komersil iaitu merekabentuk semula ruang dalaman resort yang telah sedia ada. Lembayung Sukma Sdn. Bhd. merupakan klien bagi cadangan projek pengubahsuaian Caravan Park of Lembayung Sukma ini. Lokasinya terletak di Kompleks Sukan dan Rekreasi Air, Teluk Putra, Sri Iskandar, 31750 Tronoh, Perak Darul Ridzuan. Objektif dan matlamat menaiktaraf ‘Caravan Park of Lembayung Sukma’ ini adalah untuk menjadikan kawasan setempat sebagai salah satu tarikan utama di Negeri Perak yang dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur yang lengkap dan selesa dengan potensi kawasan persekitaran yang sangat strategik dan aktiviti-aktiviti sukan air dan rekreasi yang mampu menarik perhatian pengunjung untuk datang ke situ. Kaedah-kaedah yang dijalankan termasuklah klien, pemilihan tapak projek, skop projek, pengumpulan maklumat dengan kajian-kajian kes, dan peringkat cadangan merekabentuk ruang. Kesimpulannya, cadangan projek ini telah mengetengahkan konsep alam semulajadi dengan imej tropika untuk rekabentuk dalaman ruang-ruang di dalamnya.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Md. Saib, Nor Hafizah UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Menaiktaraf rekabentuk dalaman; Caravan Park Of Lembayung Sukma |
Date: | 2007 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24182 |
Download
PPd_NOR HAFIZAH MD SAIB AP 07_5.pdf
Download (101kB)