Abstract
Selain itu disebabkan ingin membuka cawangan baru. kafe yang dibuka di Jalan Genting Kelang tidak sesuai kerana kafe ini mempunyai persembahan dan ia dibuka di lot kedai. Keadaan ini mengganggu kawasan sekitar kafe ini. Tapak lot kedai yang paling tepi sangat sesuai kerana ia lebih privasi dan tidak mengganggu kawasan sekitar. Kawasan sekitar di tapak yang dicadangkan sesuai kerana di jalan ini banyak pusat-pusat hiburan, restoran dan pusat beli belah dibuka. la adalah tempat tumpuan orang ramai dan ini akan menguntungkan perniagaan kafe ini. Objektif cadangan rekabentuk baru kafe ini adalah untuk memberikan keselesaan kepada pelanggan Projek Cola Club Cafe ini dicadangkan dibuka di Jalan Telawi 3, Bangsar kerana kafe ini belum di buka di kuala Lumpur, yang datang dan juga untuk menarik lebih ramai lagi pelanggan untuk datang ke kafe ini. Selain itu ingin memberikan sesuatu kelainan kepada pelanggan yang datang. Bahan-bahan kajian pula kebanyakkannya di ambil dari internet dan juga dari temuramah pengurus restoran atau kafe. Selain itu ada juga di ambil dari buku-buku dan majalah-majalah. Analisis tapak di Jalan Telawi 3, Bangsar diambil dari kawan-kawan kerana tapak cadangan yang sebelum ini tidak dipersetujui oleh pensyarah. Tapak yang baru ini sangat sesuai dengan projek ini. Objektif projek ini adalah untuk memperkenalkan kafe ini kerana ia masih baru dan ingin menyelesaikan masalah ruang di dalam kafe ini. Selain itu kafe ini inginkan tempat yang lebih privasi kerana ia mempunyai persembahan. Tempat yang lebih privasi tidak mengganggu kawasan sekitar. Konsep rekabentuk kafe ini iaitu Catch The Wave dan ia diambil dari tag line Coca Cola pada awal 80an manakala rekabentuk dalaman adalah modem. Masalah rekabentuk kafe ini adalah masalah ruang yang tidak mencukupi dan sempit. Selain itu masalah tapak yang terletak di lot kedai menyebabkan berlakunya gangguan kerana kafe ini mempunyai persembahan. Penyelesaian rekabentuk yang dicadangkan adalah mencari tapak yang lebih privasi seperti tapak persendirian atau lot kedai yang paling tepi. Dari segi masalah ruang, cara penyelesaiannya adalah mencari tapak yang lebih besar dan luas daripada tapak sebelum ini.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohammad, Ahmad Akmal UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Rekabentuk dalaman; Cola Club Café |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24176 |
Download
PPd_AHMAD AKMAL MOHAMMAD AP 09_5.pdf
Download (94kB)