Abstract
Malaysia kini sedang menuju keera pembangunan yang pesat justeru itu pembinaan kompleks membeli - belah membangun seiring dengan perkembangan bandar. Kompleks membeli - belah wujud bertujuan untuk memenuhi keperluan penduduk yang semakin meningkat. Kebanyakkan penduduk bandar menghabiskan cuti hujung minggu mereka dikompleks membeli - belah. Tidak semua pengunjung yang datang bertujuan untuk membeli belah. Ada diantaranya yang datang sekadar untuk melepak sahaja . golongan ini apabila dikenal pasti akan mendatangkan masalah kepada aktiviti vandalisme yang berlaku disekitar kompleks membeli - belah. Vandalisme membabitkan remaja masa kini ditahap membimbangkan apabila bilangan peratusan yang merosakkan harta benda awam meningkat dua hingga tiga peratus setiap tahun. Tindak tanduk mereka boleh menyusahkan orang ramai kerana bukan sahaja menconteng dinding dan merosakan gangang telefon tetapi melibatkan kerosakkan infrastruktur pada kompleks membeli belah. Memandangkan kebanyakan remaja yang terlibat adalah pelajar sekolah, maka hampir semua sekolah terutamnya dibandar mewujudkan program pendidikan seperti kaunseling dan nasihat bagi mengatasi mereka yang bermasalah. Oleh itu, satu kajian akademik tentang masalah vandalisme dan bentuk pengawalan yang boleh diaplikasikan bagi mengurangkan kegiatan vandalisme. Dengan adanya kajian ini, adalah diharap akan dapat memberi satu gambaran yang lebih subjektif dan dapat dijadikan bahan rujukan dan panduan kepada para pembaca. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa faktor rekabentuk, pengurusan yang efektif dan penggunaan bahan material perlu diberikan satu titik fokus yang harus diwujudkan dalam menjalankan dan melincinkan pengurusan keatas sesebuah kompleks membeli - belah. Akhir penulisan , kajian ini mengemukakan cadangan yang difikirkan sesuai serta yang mampu diaplikasikan oleh pihak organisasi sesebuah kompleks membeli - belah. Ini kerana sikap negatif dan tiada anjakan paradigma dalam dirilah punca utama yang menyebabkan masyarakat Malaysia masih lagi melakukan kerja - kerja lakumusnah atau vandalisme ini.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Rosli, Rozliani 2000509429 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Hamid, Md Yusof UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > Criminology > Crimes and offenses > Crimes against property N Fine Arts > NA Architecture > Public buildings > Commercial buildings > Shopping arcades. Shopping centers. Shopping malls |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan (Kepujian) |
Keywords: | Vandalisme, kompleks membeli-belah, rekabentuk, pengurusan |
Date: | 2002 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/24173 |
Download
24173.PDF
Download (118kB)