Kefahaman pelajar UiTM Puncak Alam terhadap konsep Takaful / Muhamad Afifi Zakaria

Zakaria, Muhamad Afifi (2016) Kefahaman pelajar UiTM Puncak Alam terhadap konsep Takaful / Muhamad Afifi Zakaria. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Takaful adalah insurans Islam dengan hukum syariat atau pematuhan Syariah berdasarkan AlQuran dan As-Sunnah sebagai sumber utama. Tujuan kertas ini adalah untuk membincangkan tentang pemahaman pelajar terhadap konsep takaful di Malaysia dan bagaimana ia digunakan.
Kajian ini akan dijalankan di kawasan yang lebih kecil yang ada di Puncak Alam. Metodologi kajian ini ialah satu temu bual, penyelidikan perpustakaan yang berkaitan dengan konsep dan aplikasi takaful di Malaysia dan pengumpulan data sekunder. Semakan Syariah juga diambil kira
dalam kajian ini kerana ia adalah sumber penting dalam pengajian Islam. Kertas ini juga membincangkan masalah dan cabaran yang dihadapi oleh syarikat-syarikat Takaful Islam di Malaysia daripada pelaksanaan takaful. Kajian ini merupakan satu percubaan untuk mengaetahui sejauh mana kefahaman para pelajar UiTM Puncak Alam terhadap konsep takaful di samping menerangkannya. Pendekatan kajian ini bercorak soal selidik, perbandingan dan penerangan. Bab pertama menerangkan tentang
pengenalan takaful. Selain itu, kenyataan masalah takaful juga dimuatkan dalam bab yang pertama ini. Tidak lupa juga matlamat, skop, objektif serta kepentingan kajian juga diselitkan dalam bab yang pertama. Bab kedua pula menumpukan lebih kepada konsep dan fakta berkaitan
takaful itu sendiri. Tahap pembangunan takaful dari ia mula diperkenalkan hinggalah ke masa kini turut dimuatkan dalam bab yang kedua. Dalam bab kedua inilah konsep tentang takaful diterangkan dengan lebih terang dan jelas. Bab ketiga berkisar tentang metodologi kajian. Ini
bermaksud kaedah kajian itu dijalankan turut dimuat dalam bab ini. Tentang masa, tempat serta cara-cara kajian dijalankan diselitkan dan menjadi satu bab. Bab keempat berkaitan analisa dapatan kajian. Ia juga melibatkan borang soal selidik yang diedarkan kepada responden, kemudian diambil dan dibandingkan mengikut piawaian tertentu. Akhirnya bab ini ditutup dengan kesimpulan hasil dari kaji selidik yang dilakukan dan pengenalpastian terhadap tahap
kefahaman responden berkaitan konsep takaful.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zakaria, Muhamad Afifi
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HG Finance > Insurance
K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh > Insurance law (Islamic law). Qānūn al-taʼmīn
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Alam Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Keywords: Takaful, Islamic insurance, insurance
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23809
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_MUHAMAD AFIFI ZAKARIA ACI B 16_5.pdf] Text
PPd_MUHAMAD AFIFI ZAKARIA ACI B 16_5.pdf

Download (176kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

23809

Indexing

Statistic

Statistic details