Abstract
Pengurusan adalah merupakan salah satu aspek yang perlu dijalankan
ke atas setiap jenis harta. lanya termasuklah harta yang berjenis
perniagaan, perumahan, perdagangan, kawasan awam dan
sebagainya.
Di dalam penulisan Projek Tahun Akhir ini, aspek pengurusan ke atas
harta yang digunakan untuk tujuan rekreasi telah dipilih. Pemilihan ini
adalah bertujuan untuk mengetahui bagaimanan sistem pengurusan
dijalankan ke atas harta yang digunakan untuk tujuan awam atau
orang ramai sebagai kawasan istirehat atau kawasan riadah.
Selain dari itu, pemilihan ke atas kawasan rekreasi ini juga bertujuan
untuk mengetahui bagaimana kerja-kerja pengurusan dijalankan ke
atas harta yang bukan bertujuan untuk memaksimakan keuntungan
tetapi untuk memberikan keselesaan serta menyediakan kemudahan
kepada orang awam. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa pemilihan
taman rekreasi di dalam penulisan Projek Tahun Akhir ini adalah untuk
melihat bagaimana kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaraan
dijalankan ke atas harta yang bukan bertujuan untuk mendapatkan
keuntungan tetapi untuk tujuan memberikan keselesaan kepada
pengguna.
Penulisan Projek Tahun Akhir ini juga memerlukan suatu kes kajian bagi mengkhususkan pengkajian dijalankan. Bagi taman rekreasi kes kajian yang dipilih adalah Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Taman Tasik Titiwangsa ini telah dipilih kerana ianya merupakan salah satu taman rekreasi yang telah diwujudkan sejak dari dahulu lagi dan ianya juga kekal hingga ke hari ini serta menjadi tumpuan masyarakat di sekitar Kuala Lumpur.
Selain dari itu, Taman Tasik Titiwangsa ini dipilih kerana ianya
merupakan salah satu dari taman rekreasi yang bukannya bertujuan
untuk memaksimakan keuntungan tetapi ianya digunakan sebagai
kawasan rehat untuk semua lapisan masyarakat dari kanak-kanak
hinggalah kepada golongan tua.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Fadzilah, Ahmad UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction T Technology > TH Building construction > Maintenance and repair |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Rekreasi, Taman Tasik Titiwangsa |
Date: | 1996 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/236 |
Download
PP_FADZILAH AHMAD 96_5 1.pdf
Download (136kB)