Abstract
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji pengurusan kewangan pelajar ACIS. Kajian ini dijalankan di Fakulti Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Kampus Puncak Alam. Seramai 50 orang responden yang terlibat dalam kajian ini dipilih secara rawak. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Soal selidik yang bertajuk Pengurusan Kewangan Pelajar ACIS ini mengandungi dua bahagian utama iaitu bahagian A yang memuatkan tentang latar belakang Responden dan bahagian B yang terdiri daripada 4 soalan berkaitan dengan persoalan kajian. Data yang diperolehi
dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Package For Social Science. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa mahasiswa mempunyai kesedaran tentang pengurusan kewangan dan mengetahui akan kepentingan pengurusan kewangan dalam kehidupan mereka. Kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengurusan kewangan mahasiswa masih di tahap sederhana dan perlu dipertingkatkan lagi. Namun begitu, terbukti bahawa makanan merupakan aspek yang paling diutamakan oleh mahasiswa dalam perbelanjaan mereka. Justeru itu, semua pihak perlu memainkan peranan untuk memastikan tahap pengurusan kewangan mahasiswa yang tinggi.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Rosli, Nurul Nabilah Zahirah UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HG Finance > Personal finance. Financial literacy H Social Sciences > HG Finance > Financial management. Business finance. Corporation finance H Social Sciences > HJ Public Finance > Income and expenditure. Budget |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Alam Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Keywords: | Financial planning, financial management, students, UiTM Puncak Alam, personal finance |
Date: | 2018 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23392 |
Download
PPb_NURUL NABILAH ZAHIRAH ROSLI ACI B 18_5.pdf
Download (145kB)