Persepsi dan permintaan pelajar-pelajar bumiputera di Sarawak terhadap pengajian tinggi / Profesor Madya Dr. Jamil Hamali... [et al.]

Hamali, Profesor Madya Dr. Jamil and Juan, Delilah and Low, Kuek Long and Ho, Boon Heong and Abdul Rahim, Mohd. Zamri (2003) Persepsi dan permintaan pelajar-pelajar bumiputera di Sarawak terhadap pengajian tinggi / Profesor Madya Dr. Jamil Hamali... [et al.]. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Sejak tahun 1980-an, enrolmen ke institusi pengajian tinggi (IPT) di Malaysia telah mencatatkan peningkatan yang amat pesat. Peningkatan dalam permintaan untuk pendidikan tinggi ini menunjukkan bahawa masyarakat semakin menyedari akan kepentingan pendidikan tinggi dalam menentukan status sosio-ekonomi masa depan anak-anak mereka. Perkembangan pendidikan tinggi telah menarik minat para ahli akademik dan peggubal polisi kepada isu-isu yang menjadi penentu kepada permintaan untuk pendidikan tinggi. Sebagai sebuah institusi yang memainkan peranan utama dalam pendidikan tinggi anak-anak Bumiputera, UiTM perlu mengatur strategi bagi menjamin peluang mereka untuk mendapatkan pendidikan tinggi. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan persepsi pelajar-pelajar Bumiputera di Sarawak mengenai pendidikan tinggi, amnya dan UiTM, khasnya. lanya juga bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menentukan pemilihan IPT oleh pelajar-pelajar Bumiputera di Sarawak. Daripada kajian yang telah dijalankan, keputusan menunjukkan bahawa sebahagian besar pelajar-pelajar Bumiputera mempunyai aspirasi untuk menyambung pengajian ke IPT. Tambahan pula majoriti daripada mereka bercadang untuk melanjutkan pengajian ke UiTM. Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan IPT pelajar-pelajar Bumiputera juga dikenalpasti.

Download

[img] Text
23343.PDF

Download (2MB)

Others


View in Google Scholar

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year