Abstract
Gejala sosial yang semakin menular di dalam masyarakat perlu diberi perhatian yang serius salah satu daripadanya ialah gejala hidu gam. Jika dahulunya ia berlaku di kalangan belia dan orang dewasa namun kini golongan remaja dan pelajar sekolah sudah terlibat. Kajian ini cuba membincangkan beberapa aspek dari gejala menghidu gam serta langkah-langkah bagi menanganinya. Di samping itu terdapat juga kaitan antara fenomena hidu gam dengan gejala penyalahgunaan dadah berdasarkan hasil penyelidikan yang dibuat ke atas pelajar di beberapa sekolah di kawasan persisiran pantai Sarawak. Gejala hidu gam, walaupun tidak diberikan perhatian serius, sebenarnya merupakan ancaman yang sangat merbahaya. Sekali imbas gejala ini mungkin tidaklah merbahaya sebagaimana dadah, tetapi sebenarnya, dalam beberapa
aspek bahayanya lebih serius dari penyalahgunaan dadah. Suatu realiti yang tidak dapat dinafikan kebanyakan gejala ini melibatkan bangsa Melayu yang beragama Islam. Hasil Penyelidikan juga mendapati beberapa sebab utama yang mendorong penglibatan remaja dalam fenomenma ini. antaranya kerana ia mudah di dapati, harganya yang murah dan tidak terdapat peruntukan undang-undang bagi menghukum mereka yang terlibat. Disamping itu terdapat juga beberapa faktor lain seperti tahap sosio-ekonomi yang rendah, institusi keluarga yang goyah, disusuli dengan pegangan agama yang rapuh telah mendorong berleluasanya gejala ini di sesetengah kawasan pesisiran pantai. Beberapa saranan dan cadangan telah diketengahkan sebagai usaha menangani fenomena hidu gam di bahagian akhir kajian.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Che Mat, Che Bakar UNSPECIFIED Seli, Hazman UNSPECIFIED Nordin, Wan Mohamad Hamdi UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > Academies and learned societies (General) H Social Sciences > HM Sociology > Culture R Medicine > RA Public aspects of medicine > Toxicology. Poisons |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus |
Keywords: | Hidu gam,Gejala sosial,Masyarakat |
Date: | October 2004 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23315 |
Download
23315.PDF
Download (2MB)