Tahap pemahaman pelajar tentang Bay’ Salam dalam transaksi jual beli emas secara online / Nur Adibah Aqilah Mohd Khairuddin

Mohd Khairuddin, Nur Adibah Aqilah (2017) Tahap pemahaman pelajar tentang Bay’ Salam dalam transaksi jual beli emas secara online / Nur Adibah Aqilah Mohd Khairuddin. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Jual beli salam ialah akad jual beli di mana pembayaran didahulukan dan penerimaan barang dikemudiankan. Pendapat ini disepakati oleh jumhur ulama akan
tetapi berbeza pula dengan pendapat ulama yang bermazhab Syafi’i, iaitu membolehkan jual beli secara tunai dan tertangguh. Jual beli merupakan aktiviti harian manusia untuk mendapatkan sesuatu. Di dalam Islam, jual beli mempunyai rukun dan syarat yang tersendiri untuk menjadikannya sebuah transaksi yang sah disisi syarak. Kehadiran internet dalam kehidupan manusia telah memudahkan lagi urusan jual beli. Sehubungan dengan itu, banyak iklan berkaitan pelaburan emas yang
menarik pelajar IPT. Bagi mereka yang kurang ilmu dan tidak memahami tentang jual beli emas, mereka akan lebih mudah terpengaruh dan cenderung untuk terpedaya
dengan kes penipuan yang semakin kerap berlaku. Sedangkan Islam telah menggariskan beberapa panduan untuk diikuti. Objektif utama bagi kajian ini adalah
untuk mengkaji tahap kefahaman pelajar terhadap jual beli emas secara atas talian dengan bay’ salam dan untuk menganalisis hubungan di antara latar belakang
pengajian terhadap kefahaman pelajar dalam transaksi jual beli emas secara atas talian. Metode yang digunakan di dalam kajian ini adalah metode kuantitatif dengan
menggunakan statistik deskriptif. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap pemahaman pelajar amat berkaitrapat dengan latar belakang pengajian. Berdasarkan
kajian ini, kajian lanjutan amat digalakkan untuk menambahbaikkan lagi kualiti pelajar pengajian Islam.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Khairuddin, Nur Adibah Aqilah
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and economics
H Social Sciences > HF Commerce > Business ethics
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Alam Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Keywords: Bay’ salam, gold, online business
Date: 2017
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23270
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_NUR ADIBAH AQILAH MOHD KHAIRUDDIN ACI B 17_5.pdf] Text
PPb_NUR ADIBAH AQILAH MOHD KHAIRUDDIN ACI B 17_5.pdf

Download (427kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

23270

Indexing

Statistic

Statistic details