Abstract
Bantuan pendidikan merupakan salah satu bentuk bantuan terpenting kepada pelajar yang terdiri daripada golongan asnaf fakir dan miskin kerana pendidikan merupakan salah satu kaedah atau tiket penting yang dapat mengubah kehidupan dan mengeluarkan golongan ini daripada kepompong kemiskinan. Disebabkan oleh kepentingan pendidikan ini kepada pelajar yang merupakan daripada golongan asnaf fakir dan miskin, maka Pusat Urus
Zakat giat memainkan peranan dalam menyalurkan dana zakat dalam bentuk bantuan pendidikan kepada para pelajar asnaf di negeri Pulau Pinang dan memastikan golongan pelajar ini mendapat peluang pendidikan dan berjaya seperti orang lain. Terdapat beberapa kes dilaporkan pada awal tahun 2013 termasuklah kes keciciran dalam pelajaran kerana gagal melunaskan yuran persekolahan. Kajian ini adalah secara kualitatif iaitu
kajian dokumentasi yang menggunakan kaedah deduktif dan induktif dengan merujuk manual laporan zakat dan menemubual seorang pegawai zakat yang bernama En. Khairol Azhar. Hasil kajian mendapati bahawa PUZ ini telah pun melaksanakan pelbagai inisiatif dalam menawarkan bantuan kepada pelajar asnaf. Diharapkan kajian ini
mampu memberikan gambaran bentuk bantuan zakat pendidikan yang diberi dan disediakan oleh pihak PUZ dalam membantu golongan ini mendapatkan peluang pendidikan sekaligus mendapat pekerjaan yang baik di masa hadapan yang turut menyumbang kepada
pemerkasaan ekonomi ummah.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Haznan, Nor Juliana Fitrah UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Alam Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Keywords: | Zakat, poor student, Penang |
Date: | 2017 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23268 |
Download
PPb_NOR JULIANA FITRAH HAZNAN ACI B 17_5.pdf
Download (98kB)