Portable convenience car jack (Jek Kereta Mudah Alih) / Safrul Izham Ramlan

Ramlan, safrul Izham (2005) Portable convenience car jack (Jek Kereta Mudah Alih) / Safrul Izham Ramlan. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Gaya hidup masyarakat dunia pada masa kini telah berubah mengikut arus perubahan masa. Kecanggihan teknologi yang ada juga menunjukkan negara kita tidak ketinggalan dalam mengejar arus permodenan terutamanya di dalam sektor teknologi rekabentuk produk-produk untuk keperluan dan kegunaan harian. Tetapi terdapat juga produk-produk yang tidak diberi penekanan dari segi pembaharuan rekabentuk, teknologi dan kaedah penggunaannya. Dalam erti kata lain, masih ketinggalan zaman ataupun tidak mengikuti arus permodenan masa kini.
Jek kereta (car jack) merupakan salah satu daripada produk yang tidak diberi penekanan dari segi pembaharuan rekabentuk, teknologi dan kaedah penggunaannya. Ia merupakan sebuah alat yang digunakan untuk mengangkat kereta dan mempermudahkan keija-keija penukaran tayar apabila berlaku kebocoran. Jek kereta terdapat dalam pelbagai jenis yang antaranya ialah ‘scissor’ ; iaitu jek kereta yang paling banyak digunakan oleh semua pengguna di seluruh dunia, hidraulik dan elektronik. Kebanyakkan jek kereta tersebut mempunyai sistem mekanisme yang tidak praktikal kerana masih menggunakan sistem yang manual dan kaedah penggunaannya banyak memberikan beban kepada postur badan dan tangan.
Di dalam penyelidikan yang dijalankan melalui kaedah soal selidik, masih terdapat segelintir golongan yang tidak berpuas hati dengan teknologi jek kereta yang sedia ada pada masa kini. Kebanyakan penggunanya terdiri daripada golongan lelaki berbanding dengan wanita kerana majorti pengguna menyatakan jek kereta sedia ada tidak sesuai digunakan oleh golongan wanita disebabkan kaedah penggunaannya yang agak berat dan kasar. Selain itu, terdapat juga beberapa cadangan dan pelbagai idea yang diterima supaya ia boleh diterapkan dan dinaiktarafkan dari segi pembaharuan rekabentuk, sistem mekanisme dan kaedah penggunaan jek kereta yang sedia ada di pasaran supaya ia bersesuaian dengan gaya hidup moden masa kini. Sebagai penyelesaian masalah, terdapat beberapa cadangan atau idea yang boleh diterapkan pada teknologi jek kereta pada masa hadapan iaitu dengan mengunakan sistem kendalian automatik dengan menggunakan kuasa bateri supaya tenaga keija dan pergerakan dapat dikurangkan. Penggunaan sistem ‘paddle’ yang menggunakan kaki atau alat kawalan jauh juga boleh digunakan untuk memudahkan proses keija penukaran tayar. Rekaan rekabentuk yang mudah alih perlu diterapkan supaya ia mudah di bawa ke mana-mana dan mudah disimpan. Penekanan terhadap rekabentuk juga perlu ringkas supaya ia menepati tema dan konsep ‘Gaya Hidup Moden’.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ramlan, safrul Izham
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > Applications of electric power
T Technology > TL Motor vehicles. Aeronautics. Astronautics > Motor vehicles. Cycles
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Keywords: Jek Kereta ; Pembaharuan Rekabentuk ; Alat ; Penukaran Tayar ; Mudah Alih ; Gaya Hidup Moden
Date: November 2005
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23234
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of LP_SAFRUL IZHAM RAMLAN FAD K05_5.pdf] Text
LP_SAFRUL IZHAM RAMLAN FAD K05_5.pdf

Download (270kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

23234

Indexing

Statistic

Statistic details