Pembangunan dan hala tuju Wakaf Pendidikan di UiTM / Anis Afdzan Ahmad Zaidy

Ahmad Zaidy, Anis Afdzan (2018) Pembangunan dan hala tuju Wakaf Pendidikan di UiTM / Anis Afdzan Ahmad Zaidy. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah s.w.t. Wakaf pendidikan pula adalah suatu bentuk harta yang didermakan kepada sesebuah institusi dengan tujuan memberi ilmu pengetahuan dan pendidikan dengan percuma. Bentuk, jumlah atau nilai harta yang diwakafkan kepada sesebuah institusi yang menguruskan itu sering dirujuk sebagai sebuah badan amal awam, yayasan
persendirian atau pemegang amanah. Di antara institusi yang biasanya diwakafkan untuk tujuan pendidikan ini adalah institusi akademik contohnya kolej, universiti dan sekolah. Manakala institusi kemasyarakatan dan keagamaan yang boleh diwakafkan seperti muzium, perpustakaan, bank, hospital, Masjid dan surau. Suatu wakaf itu dilaksanakan apabila telah jelas ketetapan mengenai penggunaannya dengan prinsip wakaf tersebut adalah untuk dimanafaatkan dan faedahnya kekal utuh selamalamanya atau untuk tempoh masa yang ditetapkan. Ini membolehkan derma atau wakaf itu memberi kesan dalam tempoh yang lebih lama dan panjang. Oleh itu, artikel ini adalah untuk memberi pemahaman dalam memahami dan menghayati konsep wakaf pendidikan khususnya wakaf pendidikan tinggi di Malaysia.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPb_ANIS AFDZAN AHMAD ZAIDY ACI B 18_5.pdf] Text
PPb_ANIS AFDZAN AHMAD ZAIDY ACI B 18_5.pdf

Download (201kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

23225

Indexing

Statistic

Statistic details