Abstract
Penyelidikan ini bermula dengan sejarah pewter di Malaysia dan kemudiannya hanya menumpukan kepada rekacorak perhiasan permukan barangan domestik pewter yang digunakan oleh Syarikat Royal Selangor Pewter International Sdn. Bhd. Kajian ini dipilih bertujuan untuk mengetahui lebih mendalam lagi mengenai rekacorak yang diaplikasikan pada barangan domestik pewter di samping mengetahui sejarah perkembangan logam pewter di Syarikat Royal Selangor khususnya di Malaysia supaya dapat dijadikan sebagai rujukan. Kaedah kajiselidik yang digunakan melalui pembacaan juga dengan cara temubual pereka-pereka syarikat dan juga melalui permerhatian produk-produk yang dihasilkan. Permasalahannya, kerana walaupun Malaysia adalah sebagai negara pengeluar timah yang terbesar di dunia tetapi tidak banyak dokumentasi yang boleh dijadikan bahan rujukan oleh masyarakat dalam dan luar negara, terutamanya mengenai rekacorak perhiasan permukaan yang digunakan oleh Syarikat Royal Selangor Pewter yang merupakan syarikat pertama yang melopori perusahaan daripada logam ini. Kini syarikat ini tel#h tersohor di dalam negara mahupun luar negara.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Khalid, Mohainee UNSPECIFIED Mohamad Ba'ai, Nazirah UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC) |
Keywords: | pewter |
Date: | 2010 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23012 |
Download
LP_MOHAINEE KHALID RMI 10_5.pdf
Download (3MB)