Abstract
Setiap perubahan personaliti yang berlaku ke atas manusia berpunca daripada pelbagai faktor. Di antara faktor penting yang membawa kepada perubahan personaliti manusia adalah agama. Perubahan personaliti menurut perspektif Islam ialah membentuk akhlak yang baik dan sahsiah yang unggul selari dengan batasan syariat Islam. Namun begitu, permasalahan timbul apabila sesuatu perubahan positif yang berlaku tidak berkekalan. Terdapat segelintir manusia apabila berubah kepada kebaikan, mereka tidak dapat mengekalkan perubahan tersebut malah kembali berubah kepada keadaan asal. Selain itu, terdapat juga segelintir manusia yang kembali berubah kepada asal bahkan lebih teruk apabila sanggup menggadaikan maruah dan melanggar batasan syariat Islam. Keadaan tersebut akan mengakibatkan berlakunya permasalahan akidah, akhlak dan sosial. Artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor agama sebagai faktor perubahan personaliti menurut perspektif Islam. Kajian ini menggunakan reka bentuk dokumen analisis kandungan dengan mengumpul data-data yang berkaitan kefahaman yang mendalam dari aspek teoritikal. Dapatan kajian mendapati bahawa faktor agama Islam mendorong manusia untuk menjadi makhluk dan umat manusia yang terbaik melalui keimanan, amalan saleh, perbuatan mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Agama Islam membina manusia yang berdisiplin melalui ibadah dan ketaatan kepada Allah S.W.T serta memupuk manusia untuk menjadi yang terbaik melalui akhlak dan sifat yang terpuji. Selain itu, agama Islam merupakan faktor penting dalam memberi motivasi kepada manusia supaya mengekalkan perubahan personaliti yang konsisten walau dalam apa jua keadaan dengan niat ikhlas kerana Allah S.W.T.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Tahir, Ahmad Fakhruddin UNSPECIFIED Aini, Zulkefli UNSPECIFIED Mohamad Rasit, Rosmawati UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Human behavior. Behaviorism. Neobehaviorism. Behavioral psychology B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Personality |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Journal or Publication Title: | e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU) |
ISSN: | 2006-9617 |
Volume: | 2 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 60-79 |
Keywords: | Perubahan; Personaliti; Faktor Agama |
Date: | January 2018 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/22525 |
Download
AJ_AHMAD FAKHRUDDIN MOHD TAHIR M ACIS 18.pdf
Download (846kB)