Kajian pengurusan dana dan harta masjid Daerah Alor Gajah / Abdul Hadi Mohd Salleh, Tutasting@Rawi Nordin dan Hasan Bahrom

Mohd Salleh, Abdul Hadi and Nordin, Tutasting@Rawi and Bahrom, Hasan (2002) Kajian pengurusan dana dan harta masjid Daerah Alor Gajah / Abdul Hadi Mohd Salleh, Tutasting@Rawi Nordin dan Hasan Bahrom. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Masjid merupakan institusi terpenting dalam kehidupan umat Islam. Kewujudan institusi ini memberi impak kepada kehidupan mereka sama ada secara individu ataupun secara jamaah. Kerana itu ,kewujudan institusi masjid tidak boleh dipisahkan dan tidak pernah diabaikan dengan kehidupan umat Islam. Sejarah telah membuktikan institusi ini menjadi tapak kepada perubahan sifat, minda dan nilai budaya masyarakat. Walau bagaimanapun kelangsungan institusi ini berkait rapat dengan sokongan dan dokongan yang kuat daripada masyarakat setempat, sama ada dari aspek material dan spritual.

Fungsi masjid akan lebih terserlah apabila didokongi oleh kekuatan sumber kewangannya dan kewibawaan tenaga yang mengurus institusi tersebut. Keyakinan masyarakat mendokongi institusi masjid berkait rapat dengan sejauh mana ketelusan dan kecekapan pimpinan institusi tersebut diperagakan. Namun kebelakangan ini sudah timbul keraguan umat tentang ketelusan institusi ini ditadbir khususnya dalam pengurusan kewangan. Persoalannya mengapakah keraguan ini timbul, apakah benar ketelusan dalam pengurusan kewangannya sudah tidak wujud? Atau masyarakat telah lebih prihatin dengan nilai-nilai pengurusan yang murni? Kajian ini akan dapat memberi jawapan wajar terhadap persoalan yang bangkitkan.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Salleh, Abdul Hadi
UNSPECIFIED
Nordin, Tutasting@Rawi
UNSPECIFIED
Bahrom, Hasan
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Mosques. Monasteries
H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Income. Factor shares > Property. General works
H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Relation to philosophy, religion, ethics
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus
Keywords: Masjid; Pengurusan dana dan harta; Pengurusan kewangan; Alor Gajah
Date: 2002
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/22476
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of LP_ABDUL HADI MOHD SALLEH M BRC  02_5.pdf] Text
LP_ABDUL HADI MOHD SALLEH M BRC 02_5.pdf

Download (3MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

22476

Indexing

Statistic

Statistic details