Abstract
Ergonomik merupakan salah satu elemen yang penting didalam proses mereka bentuk dan pembikinan barangan kraf terutamanya Labu Sayong dan Tembikar Sarawak. Dimasa ini peralatan tangan yang sedia ada adalah tidak seragam. Kebanyakan peralatan diambil sama ada dari alam semula jadi seperti batu dan kayu. Selain itu terdapat juga peralatan tangan yang diambil dari alatan tangan moden yang pada asalnya untuk kegunaan pertukangan kayu atau pun logam. Oleh yang demikian, kajian terhadap keselesaan reka bentuk peralatan alatan tangan telah dilakukan didalam penyelidikan ini. Kajian perbandingan diantara penggunaan peralatan tangan bagi pembuatan Labu Sayong di Perak dan Tembikar Sarawak telah dilakukan. Diantara aspek yang dikaji adalah alatan tangan popular, karakteristik reka bentuk alatan tangan dan tahap kesukaran mereka bentuk. Hasil dapatan kajian berupaya mengenal pasti Terdapat beberapa alatan tangan ergonomic ribs dan carving tools yang sesuai didalam penghasilan Labu Sayong dan Tembikar Sarawak; ujian non parametric chi-square menunjukkan persepsi penggunaan peralatan tangan bagi kedua-dua jenis peralatan ini bersesuaian dengan penghasilan Labu Sayong dan Tembikar Sarawak; Menurut tafsiran statistik korelasi berdasarkan model Pearson bagi penggunaan alatan tangan, terdapat beberapa assosiasi korelasi positif (Pearson correlation = .1000. p < 0.01) bagi carving tools dan ergonomic ribs; Berdasarkan eksperimen Protokol Analisis Verbal (VPA), terdapat beberapa pattern pergerakan tangan berkenaan dengan karakteristik utama yang sama didalam penghasilan Labu Sayong dan Tembikar Sarawak, manakala, dapatan pengucapan dari VPA menyokong apa yang dicakap oleh subjek sama dengan apa juga aktiviti pergerakan tangan yang berlaku semasa eksperimen ini berjalan didalam pengukuran tahap kesukaran pembentukan labu Sayong dan tembikar Sarawak; dan selain dari itu. bagi subjek yang membentuk dan mengukir labu dan tembikar menggunakan peralatan tangan dengan menggunakan tangan kanan secara tidak langsung dapat dilihat tangan kiri akan sama-sama bertindak balas (reflect) seperti memegang dan menyokong labu dan tembikar tersebut. Begitu juga jika subjek menggunakan tangan kiri maka tangan kanan juga akan bertindak balas. Berdasarkan kajian ini, adalah dicadangkan agar peralatan tangan yang popular sama ada dalam bentuk ergonomic ribs dan carving tools dapat di reka bentuk kembali (redesign) bagi menambah baik keselesaan pembuat Labu Sayong dan Tembikar Sarawak.
Metadata
Item Type: | Research Reports |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zainuddin, Muhammad Fauzi UNSPECIFIED Zainal Abidin, Shahriman UNSPECIFIED Md Hashim, Azhari UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TT Handicrafts Arts and crafts > Furniture design T Technology > TT Handicrafts Arts and crafts > Home arts. Homecrafts. |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Research Management Institute (RMI), UiTM Cawangan Kedah |
Keywords: | Ergonomik dan Rekabentuk; Alatan Tangan; Kraf Seramik; Industri Kraftangan Sederhana; Perak; Sarawak |
Date: | June 2010 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/22471 |
Download
LP_MUHAMMAD FAUZI ZAINUDDIN IRMI K 10_5.pdf
Download (154kB)