Abstract
Didalam menghadapi ledakan pembangunan yang pesat, Malaysia adalah salah sebuah negara di Asia Tenggara yang termaju menghadapi perkembangan industri. Ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti kestabilan ekonomi, politik, perkembangan ilmu pengetahun dan pertambahan penduduk yang cepat daya peningkatannya. Dalam menyusun dan menyeragamkan perkembangan pembangunan ini, maka
Kerajaan Melaysia telah menyusun beberapa strategi bagi mencapai matlamat DEB. Selaras dengan itu beberapa agensi pemajuan telah di pertanggungjawabkan. Diantara nya ialah PKEN (Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri-Negeri). Bagi Negeri Selangor, PKEN yang mewakilinya ialah PKNS. Di dalam kontek ini, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor telah diamanahkan menjalankan beberapa aktiviti-aktiviti utama iaitu aktiviti Pemajuan Perumahan, Pemajuan Bandar-Bandar Baru, Pemajuan' Kawasan PJerusahaan, Pemulihan Kawasan-Kawasan Setinggan dan Pembinaan Komplek-Komplek Perniagaan. Matlamat dissertasi ini dibuat adalah untuk mengkaji Peranan dan Strategi PKNS secara umum disamping menumpukan satu kes kajian iaitu Pembangunan perindustrian di Pelabuhan Klang yang mana merupakan Pelabuhan yang terbesar di Negara kita. Di dalam mengutarakan fakta fakta didalam dissertasi ini, penekanan adalah diberikan kepada bab-bab yang ke 3, 4, 5 dan 6.
Metadata
Item Type: | Thesis (Diploma) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Arriffin, Abd. Aziz UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma Lanjutan Pengurusan Harta Tanah |
Date: | 1985 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/219 |
Download
ARRIFFIN_BIN_ABD._AZIZ._85_24.pdf
Download (430kB)