Cadangan rekabentuk dan menaiktaraf Butik Pengantin Normala Seri Andaman, Lot 77A Jalan BBP 1, Taman Batu Berendam Putra, bagi Tetuan Normala Bte Mahat / Abu Hanifah Ghazali

Ghazali, Abu Hanifah (2009) Cadangan rekabentuk dan menaiktaraf Butik Pengantin Normala Seri Andaman, Lot 77A Jalan BBP 1, Taman Batu Berendam Putra, bagi Tetuan Normala Bte Mahat / Abu Hanifah Ghazali. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kajian tesis ini merupakan satu kajian yang mengkaji dan menganalisa projek akhir jurusan Rekabentuk Dalaman. Tajuj untuk projek akhir yang dipilih ialah Cadangan Rekabentuk Ruang Dalaman Butik Pengantin Normala Ser Andaman. Cadangan projek ini terletak di Lot 77A Jalan BBP 1, Taman Batu Berendam Putra, 75350 Melaka bagi Puan Normala Bte Mahat. Projek ini bertujuan untuk merekabentuk ruang dalaman yang baru bagi butik pengantin dengan mengadunkan imej tradisional Melayu dan senibina rumah tradisional Melayu Melaka. Rekabentuk yang diberi nafas baru ini diharap dapat memberi impak yang positif terhadap pengunjung yang datang. Segala kajian yang terperinci perlu dilakukan sebelum merekabentuk sesuatu ruang moden ke dalam acuan Melayu tradisional Melayu. Beberapa aspek perlu dikaji dan diambilkira bagi memastikan keselesaan kepada dua pihak iaitu kepada pengunjung yang hadir dan kepada pekerja butik sendiri. Cadangan merekabentuk ruang dalaman yang baru bagi butik pengantin adalah satu cara unutk memastikan kelangsungan dan kesinambungan nilai-nilai sejarah dan senibina masyarakat Melayu terus kekal dan utuh. Matlamat butik pengantin ini adalah untuk menjadikan butik pengantin ini sebagai contoh kepada butik pengantin lain dalam menerapkan budaya dan elemen jati diri masyarakat kita sendiri selain memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan yang berkunjung.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ghazali, Abu Hanifah
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Details and decoration
N Fine Arts > NA Architecture > Architectural decoration
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Rekabentuk hiasan dalaman; Menaiktaraf butik; Butik Pengantin Normala Seri Andaman
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/21232
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_ABU HANIFAH GHAZALI AP 09_5.pdf]
Preview
Text
PPd_ABU HANIFAH GHAZALI AP 09_5.pdf

Download (132kB) | Preview

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

21232

Indexing

Statistic

Statistic details