Abstract
Cadangan mereka bentuk Curve Salon adalah merupakan projek semester akhir di mana lokasi kajian terletak di No 14 dan 15, Lembah Impiana, Jalan Petaling 10, Kulim, Kedah. Laporan ini adalah berkaitan kronologi dan perkembangan perjalanan projek dari awal hingga akhir. Cadangan mereka bentuk salon rambut untuk Curve Salon merupakan satu idea yang diperoleh apabila melihat pertumbuhan pesat pusat-pusat kecantikan dan salon di Malaysia. Di Malaysia walaupun terdapat begitu banyak salon yang dibuka dengan pelbagai khidmat disediakan, namun dari segi keselesaan ruang dan sistematik ruang yang dipraktikkan agak lemah. Justeru itu, projek cadangan mereka bentuk Curve Salon ini diharap dapat membantu Wien dalam menyediakan ruang yang sempurna dan selesa. Objektif kajian ini adalah untuk memberi keselesaan kepada pelanggan melalui perancangan rekabentuk perancangan ruang yang baik, suasana ruang dalaman dan perkhidmatan yang baik. Selain itu, untuk mereka bentuk ruang yang sistematik yang berfungsi dengan aliran ruang dan aktiviti yang akan dijalankan di dalam salon disamping menarik perhatian pelanggan untuk datang ke salon melalui rekabentuk yang akan ditonjolkan. Metodologi kajian yang perlu dijalankan semasa menjalankan projek ini terbahagi kepada tiga fasa yang utama iaitu fasa satu adalah berkaitan dengan pengenalan kepada projek yang ingin dijalankan, latarbelakang klien, kehendak klien dan sebagainya. Fasa kedua adalah berkaitan dengan cadangan tapak bagi projek Curve Salon. Kajian tentang kesesuaian tapak, potensi, kebaikan dan keburukan tapak akan dikaji dalam fasa ini. Fasa yang ketiga pula adalah berkaitan proses cadangan rekabentuk yang akan dilaksanakan. Setelah semua maklumat dari fasa satu dan dua di analisa, proses cadangan rekabentuk akan dijalankan. Bagi menyempurnakan kajian ini dan melengkapkan data secara terperinci, kajian kes perlu dijalankan bagi meneliti keadaan dan situasi sebenar yang berlaku di salon. Melalui kajian kes ini, satu perbandingan tentang kebaikan dan keburukan antara salon akan dapat dilihat. Melalui kajian kes ini juga dapat membantu dalam proses merekabentuk dan mengenalpasti masalah dan kekurangan yang dihadapi oleh kebanyakkan salon tempatan mahupun luar negara. Merujuk kepada proses kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan, maka kesimpulan yang diperolehi adalah setiap proses rekabentuk perlulah mengambil kira aspek yang penting dan perlu diberi perhatian. Antaranya adalah seperti objektif projek, kesesuaian tapak, keperluan projek dari segi teknikal mahupun dari segi praktikal. Selain itu, konsep dan imej yang ingin disampaikan juga haruslah diberi perhatian bagi menghasilkan suatu rekabentuk yang baik. Konsep dan imej ini penting dalam membantu untuk menonjolkan imej Curve Salon yang tersendiri. Dengan hasil rekabentuk dalaman Curve Salon ini diharap dapat membantu klien dalam menarik perhatian pelanggan dan dapat memberi keselesaan yang sepenuhnya kepada pelanggan.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abd Rashid, Siti Nadiah UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design N Fine Arts > NA Architecture > Details and decoration N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Rekabentuk dalaman; Curve Salon |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/21067 |
Download
PPd_SITI NADIAH ABD RASHID AP 09_5.pdf
Download (110kB) | Preview