Cadangan merekabentuk ruang dalaman baru butik kanak-kanak muslimah Al Amin Kids / Nur Dahlia Mohd Haithir

Mohd Haithir, Nur Dahlia (2009) Cadangan merekabentuk ruang dalaman baru butik kanak-kanak muslimah Al Amin Kids / Nur Dahlia Mohd Haithir. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Projek akhir Rekabentuk Dalaman di peringkat Diploma ini adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek projek rekabentuk dalaman yang telah dipelajari daripada peringkat paling asas hingga ke peringkat persembahan cadangan rekabentuk. Projek yang telah dipilih bagi projek akhir ini ialah cadangan rekabentuk skima baru butik Al Amin Kids yang berlokasi di Jusco Kinta City,tingkat 1,no F12, F13, F14 dan F15, Jln The Lean Swee,Off Jln Sultan Azlan Shah Utara, 31400 Ipoh, Perak. Dengan terbinanya butik muslimah untuk kanak-kanak yang berumur 2 hingga 17 tahun di Jusco Kinta City di Ipoh itu, dapat membantu ibubapa yang ingin mencari pakaian yang bersesuaian untuk anak-anak mereka yang menutup aurat dan mengikut syariat islam.Pada zaman ‘modern’ ini, sukar untuk ibubapa yang ingin mencari pakaian yang bersesuai dan menutup aurat untuk anak-anak mereka. Hal ini kerana, ibubapa perlulah mendidik anak-anak tentang cara berpakaian yang mengikut syariat islam. Anak-anak dilahirkan suci, ibubapalah yang mencorakkan peribadi anak-anak itu. Tema dan konsep juga diaplikasikan dalam ‘interior’ dengan tujuan untuk menarik perhatian pengunjung dan juga untuk menceriakan butik Al Amin Kids tersebut. Beberapa penyelidikan telah dijalankan bagi menjayakan projek akhir butik Al Amin Kids ini, di antaranya termasuklah kajian pemilihan tapak, kajian temuramah, kajian pemerhatian , kajian kes dan kajian soal selidik. Kesemua kajian - kajian tersebut adalah bertujuan mengenal pasti kelemahan - kelemahan yang ada dan juga cuba untuk mengatasi beberapa masalah yang timbul. Kajian - kajian yang telah dijalankan ini akan diterapkan di dalam proses rekabentuk, dengan tujuan mendapatkan satu reka bentuk yang menarik dan sesuai dengan imej muslimah untuk kanak-kanak samada dari segi fungsi dan nilai estetikanya. Konsep pemberian nafas baru dan konservasi serta imej moden juga diterapkan untuk mendapatkan satu imej yang segar, baru dan dapat ditonjolkan di dalam rekaan supaya butik tersebut akan menjadi salah satu contoh untuk butik kanak-kanak muslimah yang lain.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Haithir, Nur Dahlia
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NA Architecture > Architectural decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Merekabentuk ruang dalaman baru; Butik kanak-kanak muslimah; Al Amin Kids
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20911
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_NUR DAHLIA MOHD HAITHIR AP 09_5.pdf]
Preview
Text
PPd_NUR DAHLIA MOHD HAITHIR AP 09_5.pdf

Download (115kB) | Preview

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

20911

Indexing

Statistic

Statistic details