Cadangan rekabentuk hiasan dalaman Spa Dermalogica untuk Aster Spring di No 5 Lorong Lengkok Harimau, Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak / Wan Nor Adilah Wan Azmi

Wan Azmi, Wan Nor Adilah (2009) Cadangan rekabentuk hiasan dalaman Spa Dermalogica untuk Aster Spring di No 5 Lorong Lengkok Harimau, Jalan Sultan Azlan Shah, 31400 Ipoh, Perak / Wan Nor Adilah Wan Azmi. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Projek akhir untuk para pelajar Diploma Rekabentuk Dalaman merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek projek rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat asas hingga ke peringkat persembahan cadangan rekabentuk. Projek yang telah dipilih bagi projek akhir ini ialah merekabentuk hiasan dalaman Spa Dermalogica yang terletak di No.5 Lorong Lengkok Harimau, Jalan Sulatan Azalan Shah, 31400 Ipoh Perak. Spa yang dicadangkan ini akan dijadikan sebagai sebuah pusat kecantikan yang dapat membantu pelanggan yang datang menyelesaikan masalah kulit. Sasaran pengguna yang akan datang untuk mendapatkan rawatan adalah golongan yang sederhana hingga ke golongan elite. Oleh kerana pelanggan yang datang adalah dari golongan-golongan elite dan golongan yang sederhana maka rekabentuk yang dihasilkan adalah menyediakan ruang khas untuk golongan elit supaya dapat menyediakan keselesaan mengikut kesesuaian individu. Imej dan konsep yang dipilih bukan sahaja sesuai dengan penyewa malah mampu memberikan kesan positif serta meningkatkan kepercayaan pelawat dan klien yang datang berurusan di Spa Dermalogica. Sehubungan dengan itu, stail rekabentuk yang dipilih untuk pejabat Spa Dermalogica ialah 'modem style’ yang membawa maksud gaya rekabentuk yang terkini dan canggih. Bagaimanapun, sebelum mendapatkan hasil rekabentuk yang sesuai untuk latar belakang klien dan identiti klien, beberapa kajian perlu dilakukan di mana kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis-jenis klien dan sasaran pengguna di Spa Dermalogica, antarnya ialah pakej rawatan yang selalu mendapat perhatian pengguna, ruang yang perlu dimuatkan dalam pejabat, jenis perkhidmatan yang disediakan, waktu urus niaga beroperasi serta pelbagai maklumat berkenaan yang berkaitan dengan spa. Antara kaedah kajian ialah melalui temuramah, media cetak, internet, pemerhatian, pengalaman dan juga hasil daripada kajian kes samada dari dalam atau luar negara.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Wan Azmi, Wan Nor Adilah
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Rekabentuk hiasan dalaman; Spa Dermalogica; Aster Spring
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20848
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_WAN NOR ADILAH WAN AZMI AP 09_5.pdf]
Preview
Text
PPd_WAN NOR ADILAH WAN AZMI AP 09_5.pdf

Download (108kB) | Preview

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

20848

Indexing

Statistic

Statistic details