Abstract
Projek akhir untuk Diploma Rekabentuk Dalaman ini adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang keseluruhan aspek projek rekabentuk ruang dalaman yang telah dipelajari dari peringkat asas hingga ke peringkat peringkat persembahan rekabentuk. Projek yang dipilih untuk projek terakhir ini adalah Cadangan Rekabentuk Ruang Dalaman Baru untuk Kafe Rosegar beralamat di lot 23 & 25, Jalan Greentown 3, Greentown Nova, Ipoh, Perak Darul Ridzwan. Objektif utama projek ini adalah untuk memberikan satu cadangan skim rekabentuk yang baru bagi ruang dalaman kafe yang sedia ada disamping memberikan suasana yang baru, bersistematik perjalanan ruangnya, berfungsi dan memberi servis yang berkualiti kepada pelanggan. Dengan terhasilnya rekabentuk yang baru bagi kafe ini akan menjadikan salah satu tarikan dari pelanggan tempatan mahupun luar mengenai makanan keluaran tempatan. Tema dan konsep juga diaplikasikan dalam ruang kafe ini untuk memberikan nilai-nilai estetika kafe tersebut. Sepanjang tempoh menyiapkan laporan tesis ini, terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dan dikaji antaranya pada struktur asal bangunan dan dibandingkan dengan ‘drawing’ serta ukuran sebenar di tapak, kehendak klien, perancangan ruang, ‘design concept’ yang dipersembahkan, skima warna, penggunaan ‘material’ yang bersesuaian serta Iain-lain lagi. Beberapa penyelidikan telah dijalankan bagi menjayakan projek kafe ini termasuklah kajian pemilihan tapak, kajian temuramah, kajian pemerhatian, kajian kes dan kajian soal selidik. Dengan kajian-kajian tersebut adalah bertujuan untuk mengenalpasti kelemahan yang ada dan juga dapat mengatasi beberapa masalah yang akan timbul. Dengan kajian tersebut juga, akan dapat diaplikasikan dalam proses rekabentuk untuk projek kafe ini yang akan mempunyai konsep dan tema yang tersendiri. Jadi, satu skema cadangan rekabentuk pertu direka dan disesuaikan mengikut keperluan dan kehendak klien di samping memenuhi keperluan pelanggan dan pekeija amnya serta generasi akan datang di samping meningkatkan ekonomi kaum Bumiputera terutamanya syarikat Roti Segar (M) Sdn Bhd.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Tuan Hassan, Tuan Nurul Kawakib UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Rekabentuk ruang dalaman; Kafe Rosegar; Syarikat Roti Segar Sdn Bhd |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20846 |
Download
PPd_TUAN NURUL KAWAKIB TUAN HASSAN AP 09_5.pdf
Download (103kB) | Preview