Cadangan merekabentuk dalaman kedai coklat Cadbury World untuk Cadbury Confectionery (M) Sdn. Bhd. di Lot J 0.3a dan 0.4a, Solaris atau Soho di Mont Kiara, Kuala Lumpur / Siti Sarah Mazlan

Mazlan, Siti Sarah (2009) Cadangan merekabentuk dalaman kedai coklat Cadbury World untuk Cadbury Confectionery (M) Sdn. Bhd. di Lot J 0.3a dan 0.4a, Solaris atau Soho di Mont Kiara, Kuala Lumpur / Siti Sarah Mazlan. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Saya telah memilih projek tugasan merekabentuk kedai coklat Cadbury World untuk tugasan semester akhir bagi subjek Rekabentuk Dalaman. Cadangan projek ini dilaksanakan di sebuah kompleks beii-belah di alamat Lot J-G-03 & 04, Solaris, Jalan Duta Kiara, Kuala Lumpur. Kedai coklat Cadbury World ihi merupakan kedai pertama yang dibuka oleh syarikat Cadbury. Cadbury ialah satu jenama produk coklat yang sangat terkenal di seluruh pelosok dunia dan sangat sinonim dengan imej korporatnya. Antara objektif dalam menjayakan projek rekabentuk ini adalah Memberi nafas baru pada rekaan dalam ruang dalaman untuk Cadbury World tetapi mengekalkan imej serta warna korporatnya. Seterusnya, perabot yang bakal dimuatkan ialah kebanyakannya berkonsep moden, menarik dan selamat digunakan kerana kedai Cadbury tersebut bakal dikunjungi oleh pelbagai lapisan umur dari peringkat kanakkanak hingga warga emas. Memastikan ruang dalam kedai tersebut berfungsi mengikut keperluan dan memberi kepuasan dan keselasaan kepada pekerja serta pengunjung yang datang. Sebagai tambahan, membina satu tempat khas bagi syarikat Cadbury sekiranya mereka ingin mengadakan pelancaran produk terbaru atau majlis berkaitan syarikat mereka. Matlamat kajian projek ini merupakan membina kedai coklat beijenama Cadbury yang pertama di Malaysia yang menjual pelbagai jenis produk Cadbury dan tidak terdapat di tempat lain serta mengekalkan rekabentuk kedai Cadbury mengikut identiti Cadbury tanpa mengubahnya. Menggunakan kreativrti dalam mewujudkan suasana ceria dan menarik dalam rekabentuk agar para pengujung dan pekeija dapat berkongsi bersama perasaan tersebut, menjadikan tempat untuk bersosial dan berehat dalam kalangan masyarakat tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa dengan aktiviti yang sihat. Dengan adanya matlamat rekabentuk ini dapat menjalankan proses rekabentuk dengan betul dan lancar. Untuk menghasilkan rekabentuk yang mencapai objektif dan matlamat ini, beberapa proses dan kajian harus dilakukan seperti melalui media cetak, media elektronik serta kajian kes berkaitan projek yang dibuat. ‘Feel the spirit of excitement’ yang menjadi konsep pilihan membawa erti menikmati semangat kegembiraan. Bersesuaian dengan imej yang bakal ditonjolkan, suasana ceria yang diterapkan diharap mencapai matlamat dan membuatkan para pungunjung tidak jemu untuk berkunjung selalu ke kedai coklat ini.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mazlan, Siti Sarah
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Cadangan merekabentuk dalaman; Kedai coklat Cadbury World; Cadbury Confectionery Sdn. Bhd.
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20843
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_SITI SARAH MAZLAN AP 09_5.pdf]
Preview
Text
PPd_SITI SARAH MAZLAN AP 09_5.pdf

Download (120kB) | Preview

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

20843

Indexing

Statistic

Statistic details