Abstract
Projek akhir Rekabentuk Dalaman untuk peringkat Diploma ini adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek projek rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat paling asas hingga ke peringkat persembahan cadangan reka bentuk. Projek yang telah dipilih bagi projek akhir ini ialah cadangan mengubahsuai rekabentuk skima baru bagi Edgware Auto Sdn. Bhd. yang berlokasi di 130, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur. Dengan terhasilnya ruang pameran yang baru ini adalah diharapkan bahawa ia dapat menaiktarafkan lagi imej Aston Martin dan memperkembangkan lagi pemiagaan mereka. Tema dan konsep juga diaplikasikan dalam kedua-dua ruang luaran dan dalaman untuk menonjolkan lagi nilai estetika dan juga nilai prestij ruang pameran tersebut. Beberapa penyelidikan telah di jalankan bagi menjayakan projek akhir ruang pameran ini, antaranya termasuklah kajian pemilihan tapak, kajian temuramah, kajian pemerhatian , kajian kes dan kajian soal selidik. Kesemua kajian-kajian tersebut adalah bertujuan mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang ada dan juga cuba untuk mengatasi beberapa masalah yang timbul. Kajian-kajian yang telah dijalankan ini akan diterapkan di dalam proses rekabentuk, dengan tujuan mendapatkan satu rekabentuk yang menarik dan sesuai dengan imej korporat Aston Martin sama ada dari segi fungsi dan nilai estetikanya. Konsep tiada sempadan dan imej mudah.bergaya dan berkilat juga diterapkan untuk mendapatkan satu imej yang baru, sesuai dan dapat ditonjolkan di dalam rekaan serta bersesuaian dengan identiti Edgware Auto Sdn. Bhd.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Shukor, Muhd Zuhairi UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design N Fine Arts > NA Architecture > Details and decoration N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | cadangan mengubahsuai; rekabentuk dalaman; Bilik pameran; Aston Martin |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20772 |
Download
PPd_MUHD ZUHAIRI SHUKOR AP 09_5.pdf
Download (125kB) | Preview