Laporan cadangan rekabentuk Butik Galeri Barbie di Lot 5.10.00 Aras Lima, Pavilion Kuala Lumpur, 168 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur / Izreen Zhariesha Rahim

Rahim, Izreen Zhariesha (2009) Laporan cadangan rekabentuk Butik Galeri Barbie di Lot 5.10.00 Aras Lima, Pavilion Kuala Lumpur, 168 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur / Izreen Zhariesha Rahim. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Barbie adalah permainan patung perempuan yang pertama di dunia di mana produknya sangat terkenal diseluruh dunia malah peminatnya juga bukan terdiri di kalangan kanak - kanak,tapi juga dikalangan remaja dan dewasa. Perkataan Barbie berasal dari panggilan anak perempuan penciptanya yang mana bergelar Barbara. Ruth Handler adalah pereka patung Barbie yang sayangkan anaknya sehingga menggelarkan nama anak patung ciptaannya mengikut nama manja anaknya. Cadangan mereka bentuk butik galeri Barbie adalah bertujuan untuk memberi kepentingan kepada peminat Barbie dan kanak - kanak perempuan mendapatkan koleksinya kerana produk Barbie adalah terhad pengeluarannya di sini dan memberi peluang kepada mereka untuk mengambil tahu lebih tentang produk Barbie ini serta memberi peluang untuk mereka merasai sendiri menjadi seorang Barbie dan terdiri di kalangan mereka. Lokasi yang dipilih dalam cadangan merekabentuk butik galeri ini adalah di Pavilion Kuala Lumpur iaitu salah satu pusat membeli belah yang terkenal di ‘segi emas’ Kuala Lumpur. Dari segi perkhidmatan dan kemudahan lain sangat memuaskan kerana ia mempunyai jalan pengangkutan yang boleh memudahkan pengujung untuk mengunjunginya. Produk Barbie adalah produk yang sangat terkenal dan besar di dunia. Tetapi di Malaysia produk ini masih belum lagi mempunyai butik galeri sendiri. Kebanyakan produk ini dijual di kedai - kedai permainan lain contohnya di Toy r’ us, Toys city, Pakson, Jusco dan lain - lain. Dengan itu mengapa tidak produk Barbie dijual dan diperkenalkan lagi di butik galerinya sendiri di sini seperti produk permainan dan fesyen lain sebagai contoh World of Cartoons, MCKY butik, Disney, Lego dan lain - lain. Kesemua kajian dibuat untuk melaksanakan projek ini dengan baik dan jayanya. Kajian dibuat melalui tapak bangunan yang di cadangkan dan konsep serta gaya juga turut dikaji agar rekabentuk ruang dalaman butik galeri Barbie ini dapat direka dengan kehendak klien serta pelanggan yang mengunjungi kelak. Semua proses - proses merekabentuk dikaji dan dianalisa dengan teliti agar hasil merekabentuk dapat di cadangkan dengan baik.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Rahim, Izreen Zhariesha
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Rekabentuk; Butik; Galeri; Barbie
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20623
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_IZREEN ZHARIESHA RAHIM AP 09_5.pdf]
Preview
Text
PPd_IZREEN ZHARIESHA RAHIM AP 09_5.pdf

Download (118kB) | Preview

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

20623

Indexing

Statistic

Statistic details