Abstract
Fenomena penukaran agama merupakan satu implikasi yang tidak dapat dipisahkan daripada aktiviti komunikasi. Komunikasi intrapersonal merupakan satu aktiviti interaksi yang berlaku secara spontan yang mana manusia cuba menganalisa fenomena yang berlaku pada dirinya dan alam sekeliling. Dalam pengalaman hidup komuniti saudara baru, proses komunikasi intrapersonal memain peranan penting dalam memberi kefahaman perkara yang berhubungkait dengan agama Islam.Objektif kajian ini ialah untuk melihat peranan komunikasi intrapersonal yang berlaku dalam pengalaman hidup saudara baru (ketika belum memeluk agama Islam) dalam memahami agama Islam.Kajian deskriptif ini menggunakan kaedah kualitatif temubual ke atas dua puluh orang saudara baru di negeri Terengganu. Hasil kajian menunjukkan saudara baru melalui proses komunikasi intrapersonal bagi memahami dan menghargai agama Islam dengan lebih positif.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Awang, Azarudin UNSPECIFIED Ismail, Che Zuina UNSPECIFIED Che Mat, Azman UNSPECIFIED Sulaiman, Noor Hasyimah UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic ethics |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus |
Event Title: | 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017) |
Event Dates: | 14-15 November 2017 |
Page Range: | pp. 1015-1021 |
Keywords: | Komunikasi intra personal; Dialog antara agama |
Date: | 2017 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20251 |