Abstract
Tatkala membicarakan mengenai hadith, disiplin ilmu ini akan menilai darjat sesebuah hadith sama ada sahih, hasan atau dhaif memandangkan ajaran Islam yang tercermin dalam diri Nabi SAW telah disampaikan kepada umat manusia melalui komunikasi. Ulama‘ bersepakat bahawa kesahihan hadith terangkum kepada lima syarat besar iaitu sanad bersambung, keadilan dan kekuatan ingatan perawi serta tiada kecacatan dan keraguan pada sanad dan matan hadith. Lantaran itu, syarat ini diolah bagi mewujudkan model komunikasi berkesan memandangkan secara umumnya penerimaan sesuatu mesej dalam komunikasi Islam turut memerlukan indikator tertentu. Kertas kerja ini mengaplikasikan syarat hadith tadi dan menghasilkan dua pecahan utama dalam model komunikasi berkesan. Bagi kategori komunikator, seseorang itu memerlukan keabsahan, keadilan dan integriti. Autoriti dan kesepakan mesej yang menjadi kategori kedua dalam model komunikasi berkesan yang dihasilkan.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Fadzil, Muhammad Faidz UNSPECIFIED Mustafar, Mohd Zaid UNSPECIFIED Mohd Aziz, Mohd Khairul Nizam UNSPECIFIED Suyurno, S Salahudin UNSPECIFIED |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus |
Event Title: | 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017) |
Event Dates: | 14-15 November 2017 |
Page Range: | pp. 1005-1014 |
Keywords: | Aplikasi; Hadith; Komunikasi berkesan |
Date: | 2017 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20237 |
Download
PRO_MUHAMMAD TAUFIK MD SHARIPP M 17.pdf
Download (1MB)