Dakwah melalui media sosial: Penerimaan dalam kalangan warga IPD Setiu, Terengganu / Azman Che Mat … [et al.]

Che Mat, Azman and Awang, Azarudin and Abu Bakar, Ahmad Fakrulazizi and Musilehat, Nor Shaifura and Nukman, Ahmad Zulfadhli (2017) Dakwah melalui media sosial: Penerimaan dalam kalangan warga IPD Setiu, Terengganu / Azman Che Mat … [et al.]. In: 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017), 14-15 November 2017, Avillion Hotel Melaka.
Abstract

Dakwah bukan suatu perkara yang baru dalam peradaban Islam. Gelombang modenisasi pada masa kini memperlihatkan bahawa media social merupakan salah satu sumber ilmu yang sangat rapat dengan manusia. Media sosial merupakan satu saluran yang membawa kepada perjalanan maklumat daripada satu sumber kepada satu sumber yang lain. Kajian ini membincangkan mengenai konsep berdakwah menerusi media, syarat-syarat dakwah menerusi media social dan juga peranan yang harus dimainkan oleh media dalam Islam. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk melihat fungsi media sosial dan penyebaran mesej dakwah. Kajian ini melibatkan populasi sebanyak 143 orang warga IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Setiu dan persampelan adalah 98 orang. Instrumen kajian ialah soal selidik yang dianalisis menggunakan pendekatan statistik seperti peratusan, kekerapan dan mean. Hasil kajian menunjukkan betapa perlunya penggunaan media sosial dan penyebaran dakwah Islamiah, impak yang positif diterima melalui penggunaan media sosial serta pengaruh dan manfaat yang positif terhadap penyebaran dakwah.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of PRO_AZMAN CHE MAT M 17.pdf]
Text
PRO_AZMAN CHE MAT M 17.pdf
Download (961kB)
Indexing & Metrics