Peranan laman Facebook dalam penyampaian maklumat pengurusan pusaka / Mohd Khairy Kamarudin, Mohd Hafizie Suhaimi and Nasrul Hisyam Nor Muhamad

Kamarudin, Mohd Khairy and Suhaimi, Mohd Hafizie (2017) Peranan laman Facebook dalam penyampaian maklumat pengurusan pusaka / Mohd Khairy Kamarudin, Mohd Hafizie Suhaimi and Nasrul Hisyam Nor Muhamad. In: 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017), 14-15 November 2017, Avillion Hotel Melaka.
Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sejauh mana media sosial menyampaikan maklumat berkaitan pengurusan pusaka di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan pendekatan analisis tema. Sampel kajian ialah „laman‟ Facebook yang mempunyai ramai „likers‟. Terdapat empat tema yang didapati iaitu „maklumat penganjuran aktiviti‟, „maklumat am‟, „pengiklanan perkhidmatan‟ dan „panggilan untuk maklum balas‟. Kajian ini mendapati „laman‟ Facebook yang dibangunkan kurang menekankan maklumat penganjuran aktiviti dan maklumat am berkaitan pengurusan pusaka. „Laman‟ tersebut juga tidak dikongsikan kerap dan jarak antara satu pos dengan satu pos yang lain terlalu jauh. Kajian ini mencadangkan pemilik „laman‟ Facebook tersebut perlu mengemaskini aktiviti mereka dan menggunakan FBads dalam memberikan maklumat berkaitan pengurusan pusaka.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of PRO_MOHD KHAIRY KAMARUDIN M 17.pdf]
Text
PRO_MOHD KHAIRY KAMARUDIN M 17.pdf
Download (0B)
Indexing & Metrics