Abstract
Spiritual merupakan entiti bukan kebendaan yang lebih kepada tabiat, karektor dan aktiviti jiwa manusia yang bersifat amali. Ia juga boleh diertikan sebagai kerohanian atau kejiwaan. Di Selangor, pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang bertanggungjawab dalam membantu golongan asnaf zakat telah mewujudkan satu aktiviti spiritual bagi asnaf zakat fakir dan miskin. Aktiviti spiritual yang disediakan oleh LZS ialah Tahsinul Ibadah (TI) dan Tahsinul Quran (TQ). Kedua-dua aktiviti tersebut adalah dibawah Program Pembangunan Insan (PPI). Ia merupakan satu usaha untuk memenuhi kehendak spiritual asnaf fakir dan miskin agar menjadi insan yang rabbani. Kertas kerja ini memperlihatkan aktiviti spiritual yang dijalankan oleh LZS berdasarkan informasi yang diperolehi melalui temubual dan pemerhatian. Hasil dapatan mendapati LZS telah mewajibkan golongan asnaf fakir dan miskin yang baru menerima bantuan zakat untuk mengikuti modul Tahsinul Ibadah (MTI). Hal ini menunjukan bahawa LZS amat menitik beratkan soal kerohanian asnaf. Malah LZS telah memenuhi objektif agihan zakat LZS dari aspek material dan spiritual asnaf.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Zahid, Emie Sylvian UNSPECIFIED Mustaffa, Mohd Zainodin UNSPECIFIED Mohd Daud, Nurfarhana UNSPECIFIED Saja@Mearaj, Mahasin UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus |
Event Title: | 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017) |
Event Dates: | 14-15 November 2017 |
Page Range: | pp. 651-672 |
Keywords: | Asnaf, zakat, fakir, miskin |
Date: | 2017 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20203 |
Download
PRO_EMIE SYLVIANA MOHD ZAHID M 17.pdf
Download (1MB)