Abstract
Had kifayah pelajar IPT adalah satu ukuran kecukupan seseorang untuk menanggung perbelanjaan bagi keperluan asas dirinnya semasa belajar di IPT. Keperluan asas yang lengkap termasuklah aspek perlindungan, makanan, pakaian, perubatan, pendidikan dan pengangkutan. Kadar had kifayah boleh berubah mengikut kos semasa dan setempat yang terpaksa ditanggung oleh seseorang pelajar. Kemelut ekonomi yang melanda negara kita pada hari ini memerlukan kepada penetapan kadar had kifayah yang baru sesuai dengan kehendak ekonomi semasa. Justeru, objektif artikel ini adalah untuk melihat amalan dalam penetapan kadar had kifayah negeri-negeri di Malaysia dan IPT khususnya UiTM. Kajian ini menggunakan kaedah perpustakaan dan temubual sebagai medium pengumpulan data dan maklumat. Dapatan dalam artikel ini menjelaskan bahawa wujud perbezaan kadar ketika menetapkan had kifayah antara negeri-negeri di Malaysia dan belum ada kajian tentang had kifayah di IPT khususnya di UiTM.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sayin, Baharuddin UNSPECIFIED Bhari, Azri UNSPECIFIED Mat Rani, Mohd Afandi UNSPECIFIED Jamaluddin, Muhammad Nor Aman UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus |
Event Title: | 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017) |
Event Dates: | 14-15 November 2017 |
Page Range: | pp. 625-633 |
Keywords: | Zakat; had kifayah; zakat pelajar UiTM |
Date: | 2017 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20200 |