Abstract
Wakaf adalah satu amalan masyarakat manusia yang sudah wujud walaupun sebelum Islam. Namun, Islam memberi penekanan yang lebih kepada amalan ini kerana ianya boleh menyempurnakan pengagihan kekayaan masyarakat Islam dalam bentuk yang lebih berkesan. Kedudukannya hampir sama seperti zakat iaitu memindahkan sebahagian daripada kekayaan kepada mereka yang memerlukan dalam masyarakat. Di Johor, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) yang bertanggungjawab dalam mentadbir urus sistem saham wakaf ini. Saham Wakaf Johor menggalakkan orang ramai ( umat Islam ) menyumbang dan membuat pelaburan sebagai sedekah jariah ( wakaf ) tanpa had maksimum untuk tujuan demi kepentingan, kebajikan dan kemaslahatan umat Islam secara menyeluruh. Kertas kerja ini akan membicarakan tentang konsep dan pelaksanaan saham wakaf yang diaplikasikan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor berdasarkan informasi yang diperolehi melalui temubual dan pemerhatian. Hasil dapatan mendapati MAIJ telah menjalankan pelbagai projek bagi memperkasakan sistem wakaf di Johor secara menyeluruh di dalam negara mahupun di luar negara. Hal ini menunjukan bahawa MAIJ amat menitik beratkan soal pengurusan wakaf malah telah memenuhi objektif institusi MAIJ sendiri.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Zahid, Emie Sylviana UNSPECIFIED Mustaffa, Mohd Zainodin UNSPECIFIED Zakaria, Munirah UNSPECIFIED Isa, Aflah UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and state |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus |
Event Title: | 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017) |
Event Dates: | 14-15 November 2017 |
Page Range: | pp. 613-621 |
Keywords: | Saham; Wakaf; Johor |
Date: | 2017 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20140 |