Abstract
Tanggungjawab sosial korporat (CSR) memainkan peranan yang signifikan dalam perkembangan sektor perniagaan dan korporat di seluruh dunia. Perbahasan dan perbincangan mengenai konsep ini telah melalui satu proses yang panjang bermula seawal 1930-an sehingga sekarang melibatkan ruang lingkup yang berbagai seperti hubungan CSR dengan prestasi syarikat, bentuk pelaksanaan CSR yang berkesan, manfaat yang diperoleh dari program CSR dan sebagainya. Konsep tanggungjawab sosial korporat ini bukan merupakan perkara yang asing dalam ajaran Islam kerana pada asasnya elemen-elemen kebajikan dan keprihatinan kepada sesama manusia telah diterapkan dalam Islam. Elemen-elemen seperti keadilan sosial, persaudaraan, tanggungjawab individu, kedermawanan dan sebagainya telah berakar umbi dalam Islam sebagai mana dinyatakan dalam al-Quran dan al-Sunnah. Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai konsep dan teori CSR menurut Barat dan elemen-elemen asas ICSR serta menilai peranan tauhid yang menjadi asas kewujudan konsep ICSR. Kertas kerja ini akan menggunakan kaedah analisis kandungan daripada sumber primer dan sekunder bagi mendapatkan maklumat berkaitan CSR dan ICSR. Dapatan awal kajian mendapati elemen tauhid merupakan asas utama pembentukan konsep ICSR kerana penyaksian dan kepercayaan kepada Allah SWT akan membentuk individu bertakwa yang memelihara hubungannya dengan Allah SWT, sesama manusia dan makhluk yang lain.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Osman, Muhammad Rahimi UNSPECIFIED P. Rameli, Mohd Faizal UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and culture B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus |
Event Title: | 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017) |
Event Dates: | 14-15 November 2017 |
Page Range: | pp. 427-443 |
Keywords: | Paradigma tauhid; Tanggungjawab sosial korporat; CSR |
Date: | 2017 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20103 |