Abstract
Patriotisme adalah sikap perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Nilai- nilai dalam patriotisme pula terdiri daripada berbangga sebagai rakyat Malaysia, bersemangat setia negara, bersemangat kekitaan dan berdisiplin. Ciptaan karya- karya kreatif dapat mengekspresikan nilai- nilai patriotisme yang telah diterapkan kepada masyarakat sejak mencapai pasca kemerdekaan suatu ketika dahulu. Maka kertas kerja ini adalah bertujuan untuk membincangkan dan mengupas nilai- nilai patriotism yang diterapkan dalam reka bentuk arca pelajar. Selain daripada itu, ia juga bertujuan untuk mengenalpasti faktor- faktor keberkesanan reka bentuk arca dalam mendokong semangat kemerdekaan. Kajian lebih tertumpu kepada kaedah tinjauan dan kajian lapangan. Sementara, instrument yang digunakan dalam kajian adalah kamera DSLR dan sesi temubual. Analisis kajian pula berfokus kepada analisis tampak berdiskriptif dan analisis fakta. Hasil daripada kajian, didapati dari aspek estetika nilai- nilai patriotisme dapat dihayati melalui reka bentuk arca berpresentasi figura yang dinamik yang dapat dimanifistasikan sebagai semarakkan semangat waja. Reka bentuknya yang jitu pada struktur dan bentuk keseluruhan arca mengibarkan bendera Malaysia melambangkan kekukuhan, kesetiaan dan kecintaan rakyat terhadap negara. Dari aspek formalistik pula, faktor- faktor keseimbangan, strukur yang dinamik, kepelbagaian elemen, keharmonian warna dan bentuk berperanan untuk melonjakkan nilai- nilai estetika arca. Faktor- faktor teknikal seperti teknik penghasilan arca yang baik serta kukuh dapat menyokong nilai keindahan arca. Kesimpulannya seni yang diciptakan dapat dihubungkan melalui meningkatkan nilai kesedaran dan semangat kecintaan terhadap negara seterusnya mewujudkan perpaduan dikalangan masyarakat.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Yaacob, Wan Mohd Zulkifle UNSPECIFIED Abdulah, Nur Hasliza UNSPECIFIED Osman, Amiruddin UNSPECIFIED Samsudin, Muhammad Fitri UNSPECIFIED Bebit, Mohd. Ali Azraei UNSPECIFIED Mohd Kaulan, Shahrul Munir UNSPECIFIED Sabu, Mohd Shaharudin UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Melaka N Fine Arts > NB Sculpture N Fine Arts > NX Arts in general |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design |
Event Title: | Empowering Local Mind In Art Design & Cultural Herritage 3rd ISME International Colloquium 2016 |
Event Dates: | 27 & 28 December 2016 |
Page Range: | pp. 118-134 |
Keywords: | Patriotisme, Arca awam; Pertandingan hiasan patriotisme Daerah Alor Gajah; Estetik; Formalistikm |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20029 |
Download
PRO_WAN MOHD ZULKIFLE WAN YAACOB M 16.pdf
Download (3MB) | Preview