Abstract
Kajian ini menumpukan kepada penghasilan lakaran-lakaran awal oleh pensyarah di dalam Pameran Sketches Ilham Lendu “think Things” yang merupakan hasil kolaborasi para pensyarah dari enam jabatan di Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Melaka. Kajian kes ini adalah berdasarkan kepada Pameran Ilham Lendu “Think Things” yang berlangsung pada tarikh 18 mac – 30 april 2016, di Galeri Seni Rakyat, PERZIM, Melaka. Kajian ini membincangkan bagaimana setiap pensyarah dari pelbagai bidang yang berlainan menghasilkan lakaran atau idea –idea awal dalam proses penghasilan karya akhir mereka. Proses penghasilan sesuatu karya sangat penting dalam penghasilan karya akhir , jesteru itu, idea awal merupakan kunci utama bagi sesorang pengkarya utntu menghasilkan karya-karya akhir. Kajian ini juga lebih menumpukan kepada setiap individu yang terdiri daripada asas bidang yang berlainan mempunyai gaya atau stail yang tersendiri malah keadah yang digunapakai dalam penghasilan lakaran awal untuk penghasilan karya yang berbeza namun mempunyai pendekatan yang hampir sama, itulah keunikan yang kita ingin kaji. Beberapa lakaran awal daripada setiap jabatan akan dipilih bagi mengkaji, membincangkan pendekatan yang digunakan dari segi material, imej dan pengisian (content). Pameran ini telah Berjaya mengumpulkan hampir 80% penyertaan daripada pensyarah FSSR, UiTM Melaka.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ali, Salmah UNSPECIFIED Ahmad, Hisammudin UNSPECIFIED Razak, Haslinda UNSPECIFIED Samsuri, Norsharina UNSPECIFIED Idris, Nurkhazilah UNSPECIFIED Samsuddin, Muhammad Fitri UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > N Visual arts (General) > Exhibitions N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration > Graphic art materials |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design |
Event Title: | Empowering Local Mind In Art Design & Cultural Herritage 3rd ISME International Colloquium 2016 |
Event Dates: | 27 & 28 December 2016 |
Page Range: | pp. 410-422 |
Keywords: | Lakaran awal; Material; Imej |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19996 |
Download
PRO_SALMAH ALI M 16.pdf
Download (4MB) | Preview