Abstract
Dalam konteks Islam, tidak ada satu disiplin khusus yang mengkaji pandangan alam sama ada dari perspektif sejarah atau konseptual. Konsep seperti al-tasawwur al-Islami, al-ru‘yah al-kawniyah, al-madhhabiyah al-Islamiyah, al-marji’iyah al-Islamiyah al-`ulliyah didapati tidak tertulis dalam teks klasik Islam. Meskipun begitu, perbincangan tentang isu dan skop kajian pandangan alam tetap dibincangkan secara meluas oleh para ulama khususnya dalam bidang akidah dan usuluddin. Hal ini adalah disebabkan oleh pandangan alam menjadi dasar kepada penghayatan dan pengamalan agama dalam diri seseorang. Keyakinan yang mantap terhadap perkara akidah memandu pengamalan syariat yang konsisten serta penzahiran akhlak mulia dalam diri seseorang. Dalam konteks pendidikan Islam yang bermatlamatkan melahirkan insan yang beradab, pandangan alam mempunyai kepentingannya yang tersendiri dalam memandu matlamat, proses dan penilaian pendidikan yang dilaksanakan oleh para pendidik. Justeru, artikel ini membincangkan konsep pandangan alam dalam konteks pendidikan yang menonjolkan kepentingan kepercayaan konsep ilmu yang tepat sebagai faktor pemula untuk seseorang membina pandangan alam diri yang selari dengan ajaran Islam. Di hujung artikel ini, penulis merumuskan pertautan tersebut melalui satu kerangka konsep yang boleh dimanfaatkan sebagai panduan merealisasikan pendidikan Islam yang berkesan.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sulaiman, Rohaya UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic ethics |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus |
Event Title: | 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017) |
Event Dates: | 14-15 November 2017 |
Page Range: | pp. 167-178 |
Keywords: | Konsep Islam; konsep ilmu |
Date: | 2017 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19994 |
Download
PRO_MAHFUZAH MOHAMMED ZABIDI M 17.pdf
Download (1MB)