Apresiasi karya seni catan ‘Siri Dungun’ dalam pendekatan etnomatematik / Rushana Sulaiman @ Abd Rahim

Sulaiman @ Abd Rahim, Rushana (2016) Apresiasi karya seni catan ‘Siri Dungun’ dalam pendekatan etnomatematik / Rushana Sulaiman @ Abd Rahim. In: Empowering Local Mind In Art Design & Cultural Herritage 3rd ISME International Colloquium 2016, 27 & 28 December 2016, Universiti Teknologi MARA, Melaka.

Abstract

Kertas kerja ini adalah untuk meneliti secara ilmiah makna yang merujuk kepada konsep apresiasi seni melalui karya seni catan ‘siri dungun’ yang berunsurkan elemen tradisi Melayu oleh Ruzaika Omar Basaree dari aspek dan pemikiran matematik. Keindahan corak dan motif dalam karya seni catan kaya dengan nilai dan konsep matematik melalui konsep-konsep geometri. Kajian ini merupakan kajian analisis pengkaryaan yang menerapkan kaedah kualitatif dengan pendekatan interdisiplin secara deskriptif. Karya dianalisis dalam konteks formalistik bagi menghuraikan konsep matematik yang wujud dalam pendekatan etnomatematik. Ianya bagi meneliti ciri matematik bagi sesuatu karya kesenian yang dikesan terdapat dalam transformasi isometri iaitu penjelmaan, putaran, pantulan dan pantulan luncuran. Corak dan motif dalam karya catan diklasifikasikan pada permukaan dua dimensi yang berulang pada satu arah. Pengumpulan data bertulis dan visual melalui kaedah dokumentasi, visual rakaman, dan pemerhatian bagi mendapatkan maklumat. Dapatan kajian mendapati hubung kait antara seni dan matematik tidak dapat disangkal melalui keindahan hasil kerja kesenian juga mempunyai keindahannya dari aspek matematik. Terhasilnya penyelidikan ini diharap dapat meluaskan lagi sempadan kreativiti khasnya dalam penghasilan karya seni catan dalam konteks matematik, dan bidang seni halus itu sendiri secara umumnya.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Sulaiman @ Abd Rahim, Rushana
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) > General works > Technique, composition, etc. > General special. Including optical illusion and visual perception
N Fine Arts > ND Painting > General works
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design
Event Title: Empowering Local Mind In Art Design & Cultural Herritage 3rd ISME International Colloquium 2016
Event Dates: 27 & 28 December 2016
Page Range: pp. 435-448
Keywords: Apresiasi seni; Seni catan moden; Tradisi Melayu; Isometri transformasi; Etnomatematik
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19991
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PRO_RUSHANA SULAIMAN M 16.pdf]
Preview
Text
PRO_RUSHANA SULAIMAN M 16.pdf

Download (2MB) | Preview

ID Number

19991

Indexing

Statistic

Statistic details