Abstract
Di era globalisasi pemikiran Barat dilihat amat berpengaruh dalam aspek gaya hidup dan gaya berfikir masyarakat Melayu Islam khususnya terhadap generasi muda. Pada hakikatnya Islam telah menganjurkan budaya berfikir berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Dapat disaksikan bahawa al-Quran dan al-Sunnah turut memberi penekanan terhadap budaya berfikir kritis yang menekankan aspek penilaian, analitikal dan objektiviti dalam berfikir. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengemukakan peranan dan kepentingan budaya berfikir kritis Islam dalam usaha mengukuhkan jatidiri masyarakat Melayu kini yang berhadapan dengan pelbagai cabaran. Arus pemodenan yang melanda masyarakat Melayu kini sedikit sebanyak telah menggugat keutuhan jatidiri Melayu terutamanya generasi kini sekaligus memberi kesan negatif kepada kududukan Melayu Islam itu sendiri. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis data terhadap sumber primer dan sekunder. Justeru kertas kerja ini dilihat penting sebagai cadangan ke arah mengukuhkan jatidiri Melayu dengan mengamalkan budaya berfikir kritis Islam dalam kehidupan seharian.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ab Hamid, Norafifah UNSPECIFIED Abd Wahab, Nor Azlina UNSPECIFIED Che Man, Norajila UNSPECIFIED Hashim, Siti Nurul Izza UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and culture |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus |
Event Title: | 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017) |
Event Dates: | 14-15 November 2017 |
Page Range: | pp. 151-165 |
Keywords: | Budaya berfikir kritis Islam; Jatidiri masyarakat Melayu |
Date: | 2017 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19985 |