Abstract
Abad ke-19 mencatatkan sejarah kemunduran bagi kehidupan masyarakat Melayu di Tanah Melayu akibat kedatangan penjajah Inggeris ke tanahair. Misi menguasai negara berikutan keperluan bahan mentah semasa menyebabkan rakyat di Tanah Melayu hidup mengikut corak yang dibawa sekaligus mengubah cara hidup yang gemilang sekitar abad ke-15 menjadi tamadun yang ketinggalan. Objektif kertas kerja ini adalah untuk meneliti cabaran semasa masyarakat Melayu sekitar abad-19M. Kertas kerja ini juga bertujuan menganalisis usaha ZA‘BA dalam mengenalpasti masalah kemunduran masyarakat Melayu. Metode kajian yang digunakan ialah kajian kepustakaan (literature review) menerusi kaedah analisis dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu memberi kesan negatif kepada kehidupan masyarakat Melayu pelbagai aspek dari segi mental dan fizikal. Perubahan ini mendorong kepada kebangkitan seorang anak Melayu, iaitu ZA‘BA yang berusaha untuk mengenalpasti dan mengatasi permasalahan yang melanda kehidupan masyarakat.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad Rohana, Noor Aziera UNSPECIFIED Abd Muaziz, Noraini UNSPECIFIED Rozali, Ermy Azziaty UNSPECIFIED Mazlan, Nurul Asma UNSPECIFIED |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology > Physiological anthropology |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus |
Event Title: | 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017) |
Event Dates: | 14-15 November 2017 |
Page Range: | pp. 137-149 |
Keywords: | Za’Ba, Melayu, kolonialisme Inggeris |
Date: | 2017 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19981 |
Download
PRO_NOOR AZIERA MOHAMAD ROHANA M 17.pdf
Download (1MB)