Abstract
Kertas kerja ini membincangkan beberapa aspek berkaitan penulisan kitab Fi Zilal al-Quran, pendekatan tafsir, metodologi penulisan kitab, dan lain-lain. Fi Zilal al-Quran merupakan sebuah tafsir yang unik dan secara adil dapat diletakkan di kemuncak seluruh kitab tafsir sama ada yang lama atau yang baharu. Dalam tafsir ini terhimpun penjelasan yang lengkap, gugusan ilmu, penjelasan yang menarik, dan dakwah yang berkesan menuju penghayatan semula kehidupan Islam. Fi Zilal al-Quran juga bukan sekadar sebuah kitab tafsir yang hanya menghurai pengertian lafaz, keindahan, dan kemukjizatan ungkapan al-Quran meskipun aspek-aspek ini dipaparkan. Kitab tafsir ini lebih mengutamakan aspek keimanan dari segi pertumbuhan dan kesannya dalam melahirkan penghayatan realiti, menterjemahkan kandungan al-Quran kepada realiti seterusnya mewujudkan Islam sebenar dengan mempraktiskan seluruh aspek kehidupan berlandaskan al-Quran.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hamzah, Halipah UNSPECIFIED Rabu, Noormala UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and culture |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus |
Event Title: | 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017) |
Event Dates: | 14-15 November 2017 |
Page Range: | pp. 35-46 |
Keywords: | Metodologi penulisan; Syed Qutb; Kitab Fi Zilal al-Quran |
Date: | 2017 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19950 |