Interpretasi kandungan imej fotografi digital sosio - masyarakat melayu berdasarkan konsep literasi visual / Nadzri Mohd Sharif...[et.al]

Mohd Sharif, Nadzri and Meor Hamzah, Meor Hasmadi and Baharuddin, Nor Fariza (2016) Interpretasi kandungan imej fotografi digital sosio - masyarakat melayu berdasarkan konsep literasi visual / Nadzri Mohd Sharif...[et.al]. In: Empowering Local Mind In Art Design & Cultural Herritage 3rd ISME International Colloquium 2016, 27 & 28 December 2016, Universiti Teknologi MARA, Melaka.

Abstract

Kandungan imej fotografi menjadi medium komunikasi penting dalam bidang seni visual. Kandungan imej fotografi mewakili kebenaran dan realiti dalam menampilkan perkembangan masyarakat Melayu yang meliputi kandungan sosial, kebudayaan dan sejarah. Kandungan imej fotografi sering dianggap sebagai saksi peristiwa sejarah, budaya, kehidupan dalam masa tertentu dan tidak bersifat berat sebelah. Pembuktian sesuatu kisah, artifak dan ceritera adalah bergantung kepada beberapa sumber tidak bertulis merangkumi rujukan penelitian dokumen arkib seperti manuskrip, filem dan imej fotografi untuk menerangkan sesuatu fakta. Bukti daripada kandungan imej fotografi merupakan medium yang sangat penting dalam mengungkapkan kembali kegemilangan warisan Melayu yang tidak ternilai keunikannya. Proses interpretasi kandungan imej fotografi menggunakan indikator literasi visual bertindak sebagai instrumen penyelidikan untuk meningkatkan lagi kualiti penulisan berkenaan penyelidikan alam Melayu. Konsep literasi visual merupakan kemahiran di dalam menilai kebaikan dan keburukan representasi visual seperti memperbaiki kelemahan, merangka pendapat, dan berkongsi pengetahuan. Implementasi konsep literasi visual dalam interpretasi kandungan imej fotografi digital menghasilkan satu visual baru yang baik serta menjadi elemen yang penting untuk keberkesanan perjalanan penyelidikan alam Melayu. Kepentingan kandungan imej fotografi akhirnya dapat memudahkan seseorang ahli penyelidik, sejarawan mahupun budayawan untuk mengetahui dan menyelidik maklumat dengan lebih mendalam mengenai perkembangan sosial masyarakat Melayu.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Sharif, Nadzri
UNSPECIFIED
Meor Hamzah, Meor Hasmadi
UNSPECIFIED
Baharuddin, Nor Fariza
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > Academies and learned societies (General)
N Fine Arts > N Visual arts (General) > Theory. Philosophy. Aesthetics of the visual arts
T Technology > TR Photography
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design
Event Title: Empowering Local Mind In Art Design & Cultural Herritage 3rd ISME International Colloquium 2016
Event Dates: 27 & 28 December 2016
Page Range: pp. 291-303
Keywords: Fotografi; Estetika seni; Visual komunikasi; Visual literasi; Sejarah Melayu
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19945
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PRO_NADZRI MOHD SHARIF M 16.pdf] Text
PRO_NADZRI MOHD SHARIF M 16.pdf

Download (0B)

ID Number

19945

Indexing

Statistic

Statistic details