Abstract
Isu ‘nubuwwah‘ atau kenabian adalah salah satu isu dalam ilmu kalam yang begitu diberi penekanan oleh Said Nursi bukan sahaja dalam makalah penulisannya, bahkan turut dicernakan dalam pengamalan kehidupan sehariannya. Ianya telah menjadi rencana utama dakwah Said Nursi dalam usahanya mengangkat kembali akidah umat Islam, khususnya pada waktu itu, agar selari dengan akidah iman yang dibawa oleh nabi-nabi yang terdahulu. Dalam melestari hikmah kenabian ini, Said Nursi telah membawa kerangka dakwah dan pemikiran yang berlandasakan metode kenabian, dengan mempraktikkan beberapa kaedah penulisan yang khusus berkaitan kenabian di dalam Rasail an-Nur. Maka dalam kajian ini, penulis akan menjelaskan kaedah atau metodologi penulisan Said Nursi berkenaan isu kenabian, yang diadaptasi dari kitab beliau, Rasail an-Nur. Hasil dapatan kajian mendapati Said Nursi telah menggunakan beberapa metode penulisan, antaranya metode perbandingan, metode pengkisahan dan metode superlatif. Dalam kajian ini juga, penulis telah memasukkan penerangan khusus yang digunakan Said Nursi dalam metode superlatif bagi menggambarkan keulungan dan keagungan kenabian nabi Muhammad SAW mengatasi nabi-nabi yang lain, dalam usaha beliau membawa masyarakat kearah berkehidupan menurut gaya Islam yang sebenar.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Noor, Muaz UNSPECIFIED Suyurno, S. Salahudin UNSPECIFIED Abdul Kadir, Nor Adina UNSPECIFIED Abdul Razak, Abdul Qayuum UNSPECIFIED Mohd Aziz, Mohd Khairul Nizam UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and culture |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus |
Event Title: | 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017) |
Event Dates: | 14-15 November 2017 |
Page Range: | pp. 21-33 |
Keywords: | Metodologi Islam; Penulisan Islam; Badiuzzzaman Said Nursi; kitab Rasail al-Nur |
Date: | 2017 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19943 |