Abstract
Seni arca di alam Melayu lahir sebagai sebahagian kebudayaan manusia. Manusia menciptanya sebagai memenuhi keperluan spiritual dan estetika. Justeru pelbagai perkembangan bentuk dan makna dipersembahkan menerusi teknik dan bahan. Makalah ini menerangkan aplikasi teknik tempa dan peleburan yang pernah diwarisi oleh orang Melayu keatas kerja-kerja pertukangan besi di Alam Melayu. Teknik ini kemudiannya dikembangkan oleh Raja Shahriman Raja Aziddin seorang pengarca moden. Minat beliau ke atas teknik pembuatan senjata lama telah mempengaruhi pembentukan seni arcanya. Bagi menjelaskan situasi berikut, penulis menggunakan pendekatan deskriptif kualitatif melalui sumber-sumber bertulis dan kajian lapangan. Bagi mengumpul data tertulis mahupun visual, kaedah wawancara, pemerhatian dan perpustakaan digunakan. Signifikan kepada makalah ini untuk mendedahkan pembuatan seni arca kepada umum khususnya pengarca generasi baru supaya merujuk semula warisan pembuatan logam yang pernah di kuasai oleh pandai besi pada masa dahulu. Harapan dari makalah ini agar aplikasi pembuatan warisan bangsa tidak dilupakan malah terus subur dan di hargai generasi baru masa hadapan.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohammad Noh, Liza Marziana UNSPECIFIED Dasuki, Shaliza UNSPECIFIED Idris, Nurkhazilah UNSPECIFIED Mohd Radzi, Fazlina UNSPECIFIED Mohd Khalil Imran, Musaddiq UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > Academies and learned societies (General) N Fine Arts > NB Sculpture N Fine Arts > NX Arts in general |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design |
Event Title: | Empowering Local Mind In Art Design & Cultural Herritage 3rd ISME International Colloquium 2016 |
Event Dates: | 27 & 28 December 2016 |
Page Range: | pp. 74-84 |
Keywords: | Alam Melayu; Seni arca; Logam besi; Teknik tempa; Teknik peleburan |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19882 |
Download
PRO_LIZA MARZIANA MOHAMMAD NOH M 16.pdf
Download (0B)