Abstract
Seni catan adalah medium dalam menyampaikan mesej. Mesej tidak akan terungkap jika tiada simbol yang dijelmakan. Justeru, simbol berfungsi untuk menyampaikan makna. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji simbol dan makna budaya Melayu di sebalik seni catan dari 1980 sehingga 1990. Sebanyak tiga karya seni catan di analisa dari makalah Inventori Himpunan Warisan Seni Tampak 1958-2003 terbitan Balai Seni Visual. Bagi menyingkap makna disebaliknya, kajian ini menggunakan pendekatan Ikonografi dari Erwin Panofsky. Hasil dapatan kajian mendapati seni persembahan, seni mempertahankan diri, dan senibina serta hiasan dalaman rumah Melayu menjadi simbol manakala makna budaya Melayu iaitu kedaulatan, perkasaan, tangan terbuka, kepatuhan, keharmonian dan kesejahteraan. Kajian ini diharapkan dapat melestarikan budaya Melayu agar menjadi rujukan generasi baru pada masa hadapan.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohammad Noh, Liza Marziana UNSPECIFIED Haron, Hamdzun UNSPECIFIED Samian, Abdul Latif UNSPECIFIED Tengku Sharif, Tengku Intan Suzila UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > Academies and learned societies (General) N Fine Arts > NX Arts in general > Special subjects, characters, persons, religious arts, etc. |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design |
Event Title: | Empowering Local Mind In Art Design & Cultural Herritage 3rd ISME International Colloquium 2016 |
Event Dates: | 27 & 28 December 2016 |
Page Range: | pp. 172-179 |
Keywords: | Seni catan; Budaya Melayu; Ikonografi |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19877 |
Download
PRO_LIZA MARZIANA MOHAMMAD NOH M 16 (2).pdf
Download (0B)