Abstract
Kajian ini bertujuan meneroka pelaksanaan (PBS) guru-guru PSV Hilir Perak dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan estetik. PBS diperkenalkan bagi mempertingkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia, melahirkan masyarakat yang berdaya saing, mempunyai nilai moral yang tinggi dan relevan dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat pendidikan negara. Fokus kertas kerja adalah meneliti kesediaan guru-guru PSV, bentuk-bentuk pengujian PBS, proses dan strategi pelaksanaan PBS guru-guru PSV Hilir Perak yang berkait hubung dengan estetik. Kajian kes ini dilakukan di Sekolah Kebangsaan Hilir Perak yang terdiri daripada tiga orang guru Sekolah Kebangsaan di bandar dan luar bandar. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Data dikumpul menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian, rakaman visual dan kajian dokumen. Data-data yang diperolehi akan dianalisis secara berterusan semasa di lapangan menggunakan model interaktif Miles dan Huberman. Manakala kajian ini akan menggunakan konsep-konsep estetik sebagai konsep utama dan modal Assure. Hasil dari kajian ini dapat dijadikan sebagai rujukan untuk mengembangkan Pendidikan Seni Visual dalam kalangan pelajar di Hilir Perak dan memberi kefahaman kepada guru-guru PSV tentang pelaksanaan PBS yang berlandaskan estetik.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Lee, Hoi Yeh UNSPECIFIED Khairani, Mohd Zahuri UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Secondary education. High school teaching N Fine Arts > N Visual arts (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design |
Event Title: | Empowering Local Mind In Art Design & Cultural Herritage 3rd ISME International Colloquium 2016 |
Event Dates: | 27 & 28 December 2016 |
Page Range: | pp. 352-366 |
Keywords: | Pelaksanaan; Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS); Pendidikan seni visual; Estetik |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19873 |
Download
PRO_LEE HOI YEH M 16.pdf
Download (2MB) | Preview