Abstract
Tapak warisan arkeologi yang terletak di sekitar Lembah Bujang mempunyai keunikan tersendiri terutama dari aspek nilai arkeopelancongan Negara. Namun, tapak-tapak ini mempunyai keunikan tersendiri yang perlu di ketengahkan. Tapak pertama yang di temui oleh James Low pada tahun 1840 –an menjadikan kawasan Lembah Bujang diberi tumpuan untuk penyelidikan seterusnya. Kertas kerja ini akan mengupas dan menonjolkan keistimewaan tapak warisan arkeologi Lembah Bujang untuk pengetahuan umum khususnya generasi muda. Tapak warisan yang terdiri daripada candi-candi di sekitar Lembah Bujang melebihi ratusan tahun merupakan sesuatu yang unik dan harus dibanggakan kerana di situlah tercetusnya nilai sejarah sesuatu tamadun bangsa. Kaedah penyelidikan bagi kertas kerja ini adalah berdasarkan kepada kaedah soal selidik dengan menggunakan data Statistical Package For Social Sciences (SPSS) yang telah dijalankan terhadap penduduk, pelancong di sekitar Lembah Bujang iaitu sebanyak 400 responden. Kajian ini mendapati bahawa lokasi pelancongan warisan dan sejarah menjadi tarikan utama arkeopelancongan di Lembah Bujang iaitu berasaskan tapak warisan arkeologi.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah, Farhana UNSPECIFIED Jusoh, Adnan UNSPECIFIED Nayan, Nasir UNSPECIFIED Ramli, Zuliskandar UNSPECIFIED |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel and the state. Tourism > Malaysia G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel. Voyages and travels (General) > Heritage tourism. Cultural tourism N Fine Arts > N Visual arts (General) > History > Ancient art. Artistic archaeology |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design |
Event Title: | Empowering Local Mind In Art Design & Cultural Herritage 3rd ISME International Colloquium 2016 |
Event Dates: | 27 & 28 December 2016 |
Page Range: | pp. 549-566 |
Keywords: | Arkeologi; Lembah Bujang; Arkeopelancongan; Candi; Warisan |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19867 |