Abstract
Kajian ini bertujuan mengkaji berkaitan dengan identiti visual dan penggunaan media campuran dalam catan seni moden Malaysia. Ia bertujuan untuk memperhalusi peranan bahan dalam konteks media campuran yang dipengaruhi atau dibentuk atas kebudayaan persekitaran. Kertas kerja ini akan membicarakan aspek identiti visual karya-karya seni catan moden Malaysia oleh beberapa orang pelukis tempatan dalam konteks kebudayaan. Kupasan akan dibuat daripada karya-karya seni visual yang menggunakan media campuran sebagai kajian perbincangan dengan menjelaskan diskripsi bentuk fizikalnya, menganalisis aspek formalistik serta menginterpretasikan kedua-dua aspek. Akhir sekali perbincangan ini akan melihat kepada persoalan idea visual keseluruhan karya-karya seni catan moden Malaysia. Didalam kertas kerja ini juga akan menjelaskan berkenaan tentang beberapa karya visual pelukis tempatan, berpandukan imajan dan bahan yang dihasilkan. Mereka merupakan pengkarya yang telah mengetengahkan media campuran dalam bentuk budaya tempatan ke dalam ruang seni semasa. Terdapat empat elemen utama yang diutarakan dalam pembentukan seni visual antaranya berkaitan dengan bahan yang digunakan oleh pelukis seperti teknik, unsur formalistik dan idea keseluruhan pada karya. Keseluruhan kajian berhubung dengan imej dalam seni catan moden Malaysia berpandukan kepada konsep nilai, institusi sosial, keperluan, dan persekitaran yang menjadi asas kepada perhubungkaitan dengan nilai kebudayaan.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad Yusof, Fairus UNSPECIFIED Husain, Abdul Halim UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology > Culture > Sociology of knowledge > Malaysia N Fine Arts > N Visual arts (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design |
Event Title: | Empowering Local Mind In Art Design & Cultural Herritage 3rd ISME International Colloquium 2016 |
Event Dates: | 27 & 28 December 2016 |
Page Range: | pp. 244-273 |
Keywords: | Identiti; Media campuran; Apresiasi seni; Kebudayaan; Seni visual |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19866 |