Abstract
Seni Tekat di Malaysia merupakan hasil seni tradisional Melayu dengan pengunaan kain sutera, kain kapas dan kain baldu berdekorasi benang emas. Terdapat pelbagai jenis tekat di Malaysia dan salah satu yang sangat terkenal adalah Tekat Perak. Hasil seni yang sangat dekat dengan golongan istana, bangsawan dan orang ternama. Seni tekat merupakan hasil seni yang mempunyai keunikan tersendiri dan menjadi kebanggaan terutamanya rakyat negeri Perak secara khususnya. Namun begitu pada masa kini, seni tekat tidak dinilai sebagai satu hasil seni yang bernilai kerana kos pembuatan yang tinggi. Disamping itu, pembuatan tekat yang sangat sukar menyebabkan golongan masyarakat biasa tidak mampu untuk memilikinya. Oleh itu, penulisan kertas kerja ini berhasrat untuk meneroka dan membincangkan mengenai latarbelakang Seni Tekat Melayu serta cetusan idea aplikasi seni tekat dalam bentuk yang moden serta bersesuaian dengan permintaan masa kini. Kaedah kajian adalah melalui penganalisaan yang dibuat ke atas hasil seni tekat Perak dan pemerhatian yang dibuat ke atas produk yang di hasilkan oleh pereka fasyen tempatan dengan aplikasi seni tekat perak. Hasil perbincangan dari kertas kerja ini diharapkan dapat menberikan pengetahuan yang mendalam serta pendedahan infomasi bagi menghargai hasil warisan seni supaya tidak lapuk dipanas dan tidak lekang hujan.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hamzah, Azni Hanim azni.hanim@melaka.edu.my Abdul Manan, Salina UNSPECIFIED Ismail, Noor Hafiza UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration > Technique > Special subjects (Technique, history and collections) N Fine Arts > NK Decorative arts > Other arts and art industries > Textile arts and art needlework |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design |
Event Title: | Empowering Local Mind In Art Design & Cultural Herritage 3rd ISME International Colloquium 2016 |
Event Dates: | 27 & 28 December 2016 |
Page Range: | pp. 198-206 |
Keywords: | Idea; Seni; Tekat dan Perak |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/19838 |